Sunday, 4 October 2015

Mesra Israel - "Bukan saya jumpa... terserempak dekat pintu masuk ke PBB"! "Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah"

Isnin, 5 Oktober 2015
Najib nafi jumpa Netanyahu di PBB
Gambar yang menjadi viral pertemuan Najib dan Netanyahu di PBB. Foto The Malaysian Insider

Najib nafi adakan pertemuan dengan Netanyahu di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sebenarnya bertembung dengan Benjamin Netanyahu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas perdana menteri Israel itu selesai berucap. Katanya, pada masa itu Netanyahu sedang menunggu keretanya dan beliau ingin masuk ke dalam dewan bagi menyampaikan ucapan. – Gambar fail Reuters, 4 Oktober, 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sebenarnya bertembung dengan Benjamin Netanyahu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas perdana menteri Israel itu selesai berucap. Katanya, pada masa itu Netanyahu sedang menunggu keretanya dan beliau ingin masuk ke dalam dewan bagi menyampaikan ucapan. – Gambar fail Reuters, 4 Oktober, 2015. 

Perdana menteri berkata beliau sebenarnya bertembung dengan pemimpin itu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas Netanyahu selesai berucap dan beliau pula selepas itu.
"Bukan saya jumpa... terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap," beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai gambar beliau yang dikatakan bertemu dengan Nethanyahu yang disebarkan di laman sosial.
Beliau berkata demikian pada akhir lawatan kerja ke Itali selama 3 hari mulai Jumaat.
Beliau berkata pada masa itu pemimpin itu sedang menunggu keretanya.
"Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja. Ini boleh disahkan oleh menteri luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan wakil tetap Malaysia di PBB," katanya.
Najib berkata jika beliau mengadakan perjumpaan dengan perdana menteri Israel itu tentulah ia dalam keadaan yang lebih formal.
Beliau berkata orang ramai dapat membezakan perkara yang benar dan sebaliknya.
"Apa-apa boleh menjadi viral. Apabila anda viral, mereka memberi gambaran salah mengenai kebenaran. Ini adalah bahaya media sosial," katanya. – Bernama, 4 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-nafi-adakan-pertemuan-dengan-netanyahu-di-pbb#sthash.woqk1g7L.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena