Friday 12 February 2016

Hanya Jadi Ketua Kluster? Bagaimana Haron Din memegang jawatan tertinggi dalam PAS tiba-tiba duduk bawah presiden Umno!

Sabtu, 13 Februari 2016

DATUK DR HARON DIN HANYA KETUA KELAS.

Pelantikan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah dilakukan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan satu penghinaan kepada parti Islam itu dan perlu ditolak, kata Datuk Husam Musa.

"Ia satu protokol yang sangat tidak kena. Bagaimana orang yang memegang jawatan paling tinggi dalam PAS tiba-tiba duduk bawah presiden Umno.

"Ini tak kena dari segi protokolnya. Bagaimana penjawat paling tingi dalam parti dilantik sebagai ketua kelas di bawah timbalan perdana menteri sahaja," kata bekas naib presiden PAS itu dalam satu ceramah di Pengkalan Chepa, Kelantan malam tadi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu, PAS perlu membuat satu keputusan politik bagi membetulkan perkara itu.
Posted by mantaro 

Lantik Haron Din Jadi Ketua Kluster Satu Penghinaan, Kata Husam

Pelantikan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah dalam Majlis Perundingan Islam dianggap penghinaan kepada parti Islam itu kerana beliau perlu duduk di bawah presiden Umno 

ketua kluster dakwah dilakukan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan satu penghinaan kepada parti Islam itu dan perlu ditolak, kata Datuk Husam Musa.

"Ia satu protokol yang sangat tidak kena. Bagaimana orang yang memegang jawatan paling tinggi dalam PAS tiba-tiba duduk bawah presiden Umno.

"Ini tak kena dari segi protokolnya. Bagaimana penjawat paling tingi dalam parti dilantik sebagai ketua kelas di bawah timbalan perdana menteri sahaja," kata bekas naib presiden PAS itu dalam satu ceramah di Pengkalan Chepa, Kelantan malam tadi.


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu, PAS perlu membuat satu keputusan politik bagi membetulkan perkara itu.

Haron antara ketua kluster yang dilantik timbalan perdana menteri dalam Majlis Perundingan Islam (MPI) yang bermesyuarat 11 Februari lepas.

Haron dilantik sebagai ketua kluster dakwah yang akan membawa cadangan kepada MPI untuk disepakati bersama dan menyelaraskan perbincangan pada masa depan.

Selain Haron, 6 lagi dilantik mengetuai kluster lain iaitu Tan Sri Muhamad Ali Hashim (ekonomi), Tan Sri Prof Dr Kamal Hasan (pendidikan),  Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (sosial), Prof Datuk Sri Zaleha Kamarudin (undang-undang),  Datuk Dr Siddiq Fadzil (pemikiran Islam) dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (politik).

Dalam pada itu, Husam bertegas Datuk Takiyudin Hassan perlu melepaskan jawatannya sebagai setiausaha agung PAS yang membuat tindakan persendirian dengan membelakangkan parti dalam isu Akta 355.

Katanya, Takiyudin membuat tindakan salah apabila menasihatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan rang undang-undang persendirian untuk meminda akta itu tanpa merujuk kepada parti.

Menurut Husam, beliau mendapat tahu Takiyudin bertindak demikian selepas berjumpa dengan wakil Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Ambo suruh Datuk Taki letak jawatan sungguh, bukan bergurau," kata Husam dalam ceramah bagi menjawab kenyataan beliau hanya bergurau sahaja.

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bersama antara pusat dengan Kelantan membuat keputusan pindaan kepada Akta 355 untuk membolehkan sebahagian hudud dilaksanakan perlu dibawa ke Parlimen oleh kerajaan pusat bukannya presiden PAS.

"Tetapi selepas jumpa dengan wakil jabatan perdana menteri, Datuk Taki gi nasihat presiden agar bawa usul itu tanpa merujuk kepada parti.

"Akibatnya, sampai sekarang ia tidak boleh dibahaskan apatah lagi lulus," kata Husam.

Ekoran tindakan memfailkan rang undang-undang persendirian itu, pemimpin PAS menerima malu termasuk tuduhan ditipu Umno dan Pakatan Rakyat berpecah akibat isu hudud. – tmi
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena