Monday, 29 February 2016

Tok Guru sudah beri amaran kepada Dolah Badawi...Ingat Najib akan berganding dengan Zahid, BOOM! Berlaku bencana pada negara?

Selasa, 1 Mac 2016
Bagaimanapun satu masa dulu allahyarham Tok Guru pernah memberi.amaran kepada Dolah Badawi semasa.menjawat jawatan perdana menteri malaysia.

Malangnya berlaku juga atas kehendak Mahadir. TGNA juga mengingatkan Najib akan berganding dengan Zahid.. boom!!! Berlaku bencana pada negara..

Part bencana tu baru permulaan....

Begitulah." Hink " yang ulama taw akan sesuatu perkara ghaib...

Page Liked · 4 hrs 

Mohon terasa...


Najib kekal kerana disokong Umno bahagian, kata Mujahid
29 Februari 2016 | MALAYSIA DATELINE
Dr Mujahid Yusof

Hanya ketua-ketua bahagian Umno yang memiliki kuasa untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri hari ini dan selagi mereka masih membisu dengan desakan rakyat, tuntutan agar Datuk Seri Najib Razak diganti tidak akan terlaksana, kata Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusuf.
Sehubungan itu beliau menyeru ketua-ketua bahagian Umno supaya melihat kepentingan negara dengan menolak kepincangan Perdana Menteri dan bersikap berani di atas kebenaran.
"Janganlah kerana terhutang budi dengan kepentingan material, kita menggadaikan maruah negara," ujar beliau dalam satu kenyataan.
Menurut Dr Mujahid, suasana negara hari ini menuntut semua pihak bertangungjawab melakukan yang terbaik untuk memulihkan maruah negara setelah Perdana Menteri gagal melaksanakan tanggung jawab memelihara asas penting negara.
Negara ujarnya menghadapi krisis defisit kepercayaan (deficit trust) apabila berlaku campur tangan politik yang serius dalam institusi Jabatan Peguam Negara dan SPRM.
"Hari ini tokoh besar seorang negarawan seperti Tun Dr Mahathir Mohamed telah melahirkan rasa kesalnya ke atas apa yang berlaku dari salahguna kuasa PM dan justeru itu menyeru kita semua meninggalkan kepentingan parti supaya negara dapat diselamatkan oleh kepincangan kepimpinan di bawah Perdana Menteri hari ini," kata Ahli Parlimen Parit Buntar itu.
Seruan Dr Mahathir selaku seorang negarawan, ujar Dr Mujahid perlu diambil serius oleh semua pihak walaupun gerakan massa menyelamatkan negara dari kepincangam kepimpinan negara sudahpun diaktifkan terlebih awal oleh Gerakan Reformasi (1999-2008) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudiannya disambung melalui wadah Pakatan Rakyat (2009-2014) dan terbaru Pakatan Harapan (2015 hingga kini).
Menurutnya, antara sebab utama Perdana Menteri sukar untuk diganti adalah kerana Umno masih mempertahankan kedudukan Perdana Menteri yang secara amalannya ialah Presiden Umno.
"Hanya Ketua-Ketua Bahagian Umno memiliki kuasa untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri hari ini dan selagi mereka masih membisu dengan desakan rakyat dan beberapa tokoh penting negara dari parti mereka sendiri, selagi itulah kepincangan dan penyelewengan Perdana Menteri hari ini akan terus menjadi ancaman kepada kepentingan negara.
"Oleh itu, saya menyeru kepada ketua-ketua bahagian Umno supaya melihat kepentingan negara lebih utama dengan menolak kepincangan Perdana Menteri hari ini dan bersikap berani di atas kebenaran," katanya.
Beliau menyokong seruan Dr Mahathir agar semua pihak meninggalkan sementara kepentingan parti dan kelompok supaya kepincangan yang berlaku kini dapat dihentikan.
Rakyat Malaysia juga, ujar beliau perlu mengambil serius seruan Pakatan Harapan untuk membawa harapan politik baharu agar reformasi instituisi negara secara menyeluruh dapat disegerakan termasuk kebebasan bersuara dan pilihan raya yang besih.
"Sesungguhnya ia bukan sekadar usaha menggantikan Perdana Menteri dari meneruskan kepincangannya tetapi juga memperkenalkan pakej reformasi berstruktur secara menyeluruh melalui institusi-institusi penting negara yang gagal dilakukan oleh pemerintahan BN hari ini," tegas beliau.
Dr Mujahid turut menyeru mantan Timbalan Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin Umno supaya berani menyahut seruan Dr Mahathir dan Pakatan Harapan agar perubahan dilakukan dalam kadar segera untuk menyelamatkan negara dari berterusan menuju ke arah krisis yang merugikan.
"Marilah kita bina harapan baru bersama, demi negara, nusa dan bangsa," saran beliau.

1 comments:

Unknown said...

Saya ingin menyampaikan kepada
seluruh Tki yang bekerja di negeri orang ,,
saya PAK HERMAWANG KAMI TKI DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa, apalagi dengan keadaan istri hamil mengandalkan
gaji itupun buat makan, sedangkan hutang banyak
kebetulan kami buka-buka internet mendapatkan
nomor AKI katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL ,,dengan keadaan susah jadi saya coba
hubungi aki karna saya pikir tidak ada salah,nya kita coba dan minta
angka bocoran angka 4D yang di berikan aki ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudarah di indonesia maupun di
luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas atau mau bukah usaha dan perlu uang untuk sehari harinya
jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda
hubungi DARMO di nomor 082-310-142-255 silahkan anda buktikan sendiri
demi allah saya sudah membuktikan angka dari aki sekrang giliran anda untuk MEMBUKTIKANNYA!!!
>>>> KELIK DISINI KELUARAN NOMOR TOGEL 4D 5D 6D 7D <<<<

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena