Monday, 22 February 2016

[Video] Klip video warga asing dipukul, dipijak kejam...“Jangan pukul…aku mati bang…aku mati bang.”

Isnin, 22 Februari 2016
Page Liked · Yesterday 
 
Sunbat jangan tak sumbat pekerja asing.100% pun boleh.tengok msia aman lagi ke tak.bongok mmg bongok menteri2 msia.tidak terfikir kesan nya.

Klip video warga asing dipukul, dipijak kejam

 | February 22, 2016
Mangsa, warga asing itu dilihat dipukul menggunakan rod getah selain turut memijak mangsa walaupun dirayu supaya tidak dibuat demikian.
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Video seorang lelaki dipercayai warga asing, dipukul teruk berkali-kali dan dipijak menjadi viral selepas disiarkan di Facebook ‘Friends of Barisan Nasional’ semalam.
“Kejam ! Seorang lelaki merayu-rayu jangan dipukul bosnya namun tidak dipedulikan. Beliau dikatakan disebat kerana mencuri wang syarikat. Mohon Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) siasat kes ini dan ambil tindakan segera,” status yang dimuatnaik dalam laman sosial itu.
Rakaman video yang berdurasi dua minit itu menunjukkan seorang lelaki dipercayai majikan memukul warga asing kerana mencuri wang tunai.
Mangsa, warga asing itu dilihat dipukul menggunakan rod getah selain turut memijak mangsa walaupun dirayu supaya tidak dibuat demikian.
“Jangan pukul… aku mati bang… aku mati bang…..,” antara rayuan yang jelas didengari daripada klip video itu.
Lelaki itu terus meraung akibat kesakitan namun tidak diendahkan oleh majikan yang terus memukulnya.
Seorang pengikut laman sosial itu, Sherry Al-Habshi menulis, ” Kalau salah macam mana pun jangan lah di pukul sampai begitu sekali. Tangkap & hantar ke balai. Biar undang-undang yang adili. Yang dipukul tu bukannya binatang. Jangan lah bernafsu syaitan.”
Ramai pengikut yang meminta pihak polis menyiasat kes tersebut dan akui tidak sanggup menonton video itu sepenuhnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena