Friday 12 February 2016

“Tak jadi KAFIR & tak jadi MUNAFIK pun jika keluar AMANAH masuk Pas! "Sapa pening Amanah ok jer?"

Jumaat, 12 Februari 2016

Tak kafir ahli AMANAH kembali sertai PAS

 | February 11, 2016
PAS juga perlu menghormati hak kebebasan ahlinya untuk menyertai parti lain termasuk AMANAH.
Khalid-Samad_talk_600
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya ahli parti itu kembali menyertai PAS.
Ketua Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, parti itu terbuka serta menghormati hak untuk memilih parti mana yang mahu disertai.
Malah perkara sama juga perlu dilakukan PAS supaya tidak lagi mengenakan tindakan serta memperketat undang-undang kepada ahli mereka untuk menyertai parti lain, katanya.
“Kalau benar (ahli AMANAH kembali sertai PAS) tiada masalah, kita hormat keputusan masing-masing. PAS pun perlu sama, tak payah ikat dengan khianat, langgar baiah lah. Biarlah orang pilih.
“Tak jadi kafir keluar AMANAH masuk PAS, tak jadi munafik keluar PAS masuk Amanah,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat AMANAH di sini hari ini.
Sementara itu, Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkata, beliau tidak teruja dengan kenyataan yang dibuat PAS kononnya ahli AMANAH akan kembali menyertai parti Islam itu.
“Saya tak teruja, namakanlah seorang (siapa yang akan sertai PAS). Kami tak perlu buang masa siasat perkara itu. Yang nak masuk AMANAH ramai ini daripada PAS. Itu sebab ada istilah harum manis. PAS buat peraturan, keluar amaran, tak boleh pergi ceramah, mungkin minum kopi dengan kami pun tak boleh,” katanya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, beliau mempunyai bukti ramai ahli AMANAH akan kembali menyertai PAS kerana keliru dengan perjuangan parti baharu hasil serpihan PAS itu.
 FMT

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena