Monday, 15 February 2016

AMANAH nafi ahli U-turn..."Ahli berhak memilih perjuangan yang mereka mahu." Kita tidak ada masalah!

Isnin, 15 Februari 2016

Amanah nafi ahli u-turn masuk Pas
KOTA BHARU - Parti Amanah Negara Kelantan  menjelaskan dakwaan mengatakan terdapat ahli parti itu yang kembali menyertai Pas hanyalah bersifat gimik politik.

Pengerusinya, Datuk Wan Rahim Abdullah berkata, beliau yakin kenyataan itu dibuat setelah reaksi balas rakyat Kelantan yang menyambut baik kehadiran Amanah di negeri ini.

“Saya tidak dapat maklumat ada ahli Amanah yang mahu kembali, tetapi bagi saya kenyataan dua pimpinan Pas dari Kelantan itu kesan daripada sambutan orang ramai terhadap Amanah.

“Beberapa ceramah yang kita buat khususnya di kawasan kubu Pas seperti Pengkalan Chepa dan beberapa tempat lain mendapat sambutan luar biasa, ada tempat mencecah kehadiran lebih 1,000 orang, ini sudah tentu memberi kesan kepada mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengesahkan terdapat ahli Amanah yang bakal  kembali menyertai Pas sekaligus menguatkan kerajaan Kelantan.

Mohd Amar berkata, tindakan itu dibuat setelah mereka yang berkenaan sedar apabila penerangan yang dibuat pihaknya sebelum ini.

Wan Rahim bagaimanapun menjelas beliau tidak bermasalah sekiranya terdapat ahlinya yang ingin kembali kerana Amanah mengamalkan konsep demokrasi.

“Kita tidak ada masalah, ahli berhak memilih perjuangan yang mereka mahu, kita kena terima ini adalah politik,”katanya.

SH

Tiada sebab ahli Amanah sertai Pas
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah

























Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah

KUALA TERENGGANU – Tiada sebab pemimpin dan ahli Amanah kembali menyertai Pas apatah lagi parti itu disifatkan tidak mampu memberi tekanan kepada kerajaan selepas  gagal  berperanan baik sebagai ‘penasihat’ kerajaan.

Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, keadaan ini boleh dilihat melalui situasi yang berlaku dalam negara yang disifatkan semakin tenat apatah lagi timbulnya cadangan terbaharu untuk meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 oleh Peguam Negara.

“Pas sebagai ‘penasihat’, beri nasihat yang sepatutnya, adakah ia mengikut lunas-lunas Islam. Adakah keadilan ditegakkan? Jadi, saya tidak nampak orang akan bersama dengan Pas. Pas tidak berjaya beri tambah nilai.

“Dalam isu RM2.6 bilion yang dikatakan derma itu, Menteri Luar Arab Saudi menafikan ia daripada keluarga diraja Arab Saudi dan beliau sendiri tidak tahu apa-apa sumbangan dana. Kalau ada pun, ia berbentuk pelaburan dan bukan derma.

“Dalam situasi itu, macam mana ahli dari mana-mana parti akan buat keputusan bersama Pas,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau mengulas laporan akhbar ini kelmarin, bahawa Pas akan memberi kejutan besar apabila ramai dalam kalangan tokoh negara yang akan menyertai parti itu dalam masa terdekat ini.


Kenyataan itu dibuat Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang turut menyebut antaranya ahli dan bekas anggota kabinet serta ahli yang condong kepada Amanah juga akan turut ‘pulang’ semula memperkuatkan jentera parti.

Raja Bahrin bagaimanapun memberitahu beliau tidak ada maklumat mengenai mana-mana ahli Amanah yang berminat menyertai Pas.

Beliau sendiri masih tetap dengan pendirian bersama-sama Amanah dan meneruskan perjuangan di negeri ini dalam mengukuh serta memantapkan parti baharu itu dalam persada politik negara.

Beliau juga yakin ahli-ahli Amanah tidak akan tertarik menyertai semula Pas kerana parti itu dilihat gagal dalam ‘menasihati’ kerajaan khusus melibatkan isu-isu tertentu yang berlaku dalam negara.

“Semua orang bebas bercakap buat kenyataan tetapi pokoknya kita lihatlah. Tunggu dan lihat. Bagi Amanah, kita tumpu kerja kita. Setahu kita, ahli-ahli parti bekerja kuat dan puas hati dengan Amanah sendiri,” katanya.

1 comments:

KISAH SUKSES IBU HERAWATI said...

Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Lihat No Tlp Aki Di website/internet ~>KLIK DISINI<~ Wassalam

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena