Monday, 15 February 2016

Orang Selangor tak nak BN, PAS pulak tertekan & Kali ini, pengundi sudah tahu parti mana yang benar-benar menentang BN walaupun tiga penjuru.

Selasa, 16 Februari 2016
Page Liked · 2 hrs 
Rasanya orang Selangor kalau nak BN di sana, lama dah BN menang. Erti orang Selangor tak nak BN lah tu.

Tulahan : Tiga penjuru di Selangor, PAS tertekan PH boleh menang

http://ww1.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/PilihanRaya2008/images/peta/selangor.jpg

Minggu ini panas dengan beberapa isu yang melibatkan parti politik PAS dan Amanah. Isu paling panas membabitkan Adun PAS DUN Paya Jaras yang memakai pakaian didakwa seperti Dewa Kekayaan semasa meraikan orang Cina pada satu majlis sempena Tahun Baru Cina. 

Penulis simpati dengan apa yang dihadapi Adun Paya Jaras selepas majlis itu. Beliau diserang kerana kesilapan memakai pakaian itu. Beliau menyangka pakaian kostum itu adalah pakaian maharaja Cina. Beliau juga sudah meminta maaf , jadi sepatutnya tidak perlu dipanjangkan. Beliau ada keluarga jadi hormatilah keluarganya. 

Kepada yang membelanya, tak perlu melebih-lebih sehingga mengaitkan DSAI yang memakai pakaian tradisional orang India. Tak perlu nampak bodoh membelanya, sehingga menganggap Islam tak percaya dewa jadi tak jadi masalah memakai pakaian dewa. Yang bertentangan dengan ajaran Islam tetap salah walaupun siapa pelakunya dan  yang meminta maaf patut dimaafkan. 

Mengapa Adun Paya Jaras sanggup berpakaian kostum itu? Jawapan penulis, kerana mahu menarik hati pengundi Cina kekal mengundi PAS. Dilema Adun Paya Jaras , itulah yang dihadapi pemimpin PAS Selangor. Mereka bertanding di kawasan lebih 30 peratus pengundi Cina, jika tiada sokongan pengundi Cina jangan harap akan menang kerusi. 

Nak mengharap bertanding satu lawan satu, pemimpin utama PAS ramai yang mendabik dada sanggup bertanding tiga penjuru. Jadi tidak dapat tidak, mereka terpaksa melakukan pelbagai cara menarik undi orang Cina. Bagi mereka, usaha mereka itu sekurang-kurangnya mampu tarik  20 ke 30 peratus undi orang Cina dan berpeluang menang tipis kerusi ditandingi. 

Mereka semakin tertekan apabila pemimpin parti Amanah membuat kenyataan akan bertanding di semua kerusi PAS di Selangor. Nampak jelas ketakutan pemimpin PAS Selangor apabila mereka menjadikannya kenyataan ini isu besar dengan menuduh parti Amanah ditolak PKR dan DAP untuk bertanding kerusi kedua parti itu. Sedangkan mereka pun tahu parti Amanah ini mengantikan tempat PAS dalam Pakatan Harapan. 

Mengapa parti Amanah berani bertanding di kerusi PAS? Bukan sahaja kerana parti ini mengantikan PAS dalam pakatan pembangkang tetapi parti ini tahu akan menang banyak kerusi walaupun bertanding tiga penjuru di Selangor. 

Semasa Ijtimak Pilihanraya PAS Selangor , terdapat kenyataan pemimpinnya bahawa ada lapan kerusi dalam bahaya. Bagi penulis, bukan lapan malah semua kerusi dalam bahaya jika bertanding tiga penjuru. 

Majoriti PR di kawasan jumlah pengundi Cina lebih 40 peratus pengundi Cina sangat besar sehingga ada yang mencapai 68 peratus di DUN Damansara utama. Kerusi yang di menangi PAS mempunyai majoriti besar jika jumlah pengundi Cina besar seperti di Sri Serdang mencapai 16251 undi. Semakin kecil jumlah pengundi Cina semakin kecil majoriti undi yang diperolehi PR.

Penulis membuat analisis terhadap kesan pertandingan tiga penjuru di Selangor. Dapatan ini menyaksikan PAS tidak mampu menang walaupun satu kerusi di Selangor. 15 kerusi yang dimenangi semasa PRU 13, empat kerusi iaitu Sabak, Gombak Setia, Ulu Kelang dan Sijangkang akan dirampas BN.

Sabak , Gombak Setia dan Ulu Kelang kerana kerusi berkenaan mempunyai pengundi Melayu lebih 77 peratus. Manakala , Sijangkang yang mempunyai 66 peratus pengundi Melayu akan dimenangi BN kerana peratus majoriti kemenangan adalah kecil hanya 10.83 peratus berbeza dengan DUN Bangi yang peratus majoriti kemenangan besar iaitu 25.17 peratus.

Tujuh kerusi lain iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Sri Serdang, Paya Jaras, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat  yang mempunyai jumlah pengundi Melayu kurang 60 peratus akan dimenangi PH. Meru dan Bangi walaupun mempunyai lebih 60 peratus pengundi Melayu boleh dimenangi PH kerana peratus majoriti kemenangannya besar menandakan sokongan pengundi semua kaum di kedua-dua DUN itu kepada PH cukup besar. 

Dua DUN lagi iaitu Selat Kelang dan Morib yang mempunyai jumlah pengundi Melayu lebih 60 peratus akan menjadi perebutan sengit antara PH dan BN kerana peratus majoriti kemenangannya kecil di bawah 10 peratus.

Terdapat empat kerusi lagi iaitu Taman Medan sebelum ini dimenangi PKR dan Kuang, Permatang, Bukit Malawati sebelum ini dimenangi BN turut mengalami stiuasi yang sama kerana mempunyai peratus majoriti kemenangannya kecil di bawah 10 peratus.Sekiranya pertandingan tiga penjuru berlaku, BN mampu kekalkan tujuh kerusi iaitu Sg Ayer Tawar, Sg. Panjang, Ulu Bernam, Batang Kali, Sg Burong , Jeram dan Dengkil kerana kerusi-kerusi ini mempunyai jumlah pengundi Melayu lebih 65 peratus pengundi Melayu.

BN juga dijangka merampas enam kerusi yang dimenangi PR pada PRU 13 iaitu Sabak, Gombak  Setia, Ulu Kelang, Kota Anggerik, Batu Tiga dan Sijangkang. Kerusi-kerusi ini mempunyai jumlah pengundi Melayu lebih 70 peratus. 

Namun, BN dijangka gagal mengekal kemenangan kerusi Kota Damansara dan Semenyih yang mempunyai jumlah pengundi Melayu hanya 56 peratus. Ada yang berhujah, BN menang dulu kerana tiga penjuru, jadi kenapa akan kalah kali ini. Semasa PRU 13, tiga penjuru berlaku tanpa persetujuan dan tanpa disangka. Pengundi keliru, yang mana patut dipilih kerana kedua-dua parti menentang BN. Kali ini, pengundi sudah tahu parti mana yang benar-benar menentang BN walaupun tiga penjuru.

Mengapa PKR masih mengekalkan hubungan dengan PAS untuk mencapai hasrat pertandingan satu lawan satu? Kerana PKR akan kehilangan dua kerusi iaitu Kota Anggerik dan Batu Tiga. Manakala satu kerusi iaitu Taman Medan dalam bahaya.

 DAP pula tidak banyak terkesan kerana bertanding di kerusi lebih 40 peratus pengundi bukan Melayu. Peratus majoriti kemenangan pula sangat besar di semua kerusi dimenangi. Hanya Kuala Kubu Baru dan Sg Pelik menang di bawah 10 peratus. Namun, kedua-dua kerusi masih boleh dimenangi PH walaupun kerusi yang ditandingi DAP mendapat kurang 20 peratus undi Melayu. 
Secara keseluruhan, PH mampu membentuk kerajaan dengan 37 kerusi yang ada peluang besar dimenangi. BN pula akan menambah kerusi kepada 13 berbanding PRU 13. Ada enam kerusi akan menghadapi perebutan sengit antara PH dan BN. Namun, parti mana pun yang menang di enam kerusi ini tidak menjejaskan peluang PH memerintah Selangor.

PAS akan menerima kesan paling teruk dijangka gagal memenangi sebarang kerusi. Ada yang menyanggah  penulis pada analisis lepas dengan mendakwa PAS ada lebih sokongan di DUN Gombak Setia dan Ulu Kelang walaupun pengundi Melayu lebih 79 peratus. 

Dakwanya, masjid dan surau makmur penuh dengan jamaah . Itulah cara mereka analisis, lihat kepada ramainya orang di ceramah, ramainya orang di masjid dan surau. Tahukah mereka yang pergi ke surau dan masjid tak semestinya orang PAS. Alhamdulillah jika surau dan masjid makmur, makmur kerana dimakmurkan apabila PR memerintah. Banding la semasa BN  memerintah, surau dan masjid tak makmur.

Sekiranya pun, jumlah pengundi menyokong PR lebih 50% pada PRU 13 , jumlah itu akan terpecah kepada PAS dan PH dan membolehkan BN menang. Boleh Rujuk DUN Sabak di mana sokongan pengundi Melayu PAS dan PH melebihi BN tetapi tetap kalah kerana tiga penjuru.

Untuk melihat banyak atau tidak sokongan orang Melayu kepada PR pada PRU lepas , lihat peratus majoriti kemenangan. Majoriti DUN Gombak Setia dan Ulu Kelang kecil di bawah 10 peratus, maknanya tiada bezanya dengan sokongan Melayu di Dun-Dun lain. Berbeza dengan DUN Bangi lebih 25 peratus menandakan sokongan Melayu besar kepada PR. Sokongan pengundi Cina kepada PR sama untuk semua Dun.

Penulis sebenarnya tidak mahu PAS rugi kerana sikap sombong sesetengah pemimpin yang mendakwa mendapat sokongan rakyat walaupun bertanding tiga penjuru. Ramai yang marahkan PAS meminta penulis tidak lagi menulis meminta PAS memikirkan semula tindakan bertanding tiga penjuru.

Mereka minta penulis tidak berharap kepada PAS kerana sudah tidak boleh dinasihati. Bagi mereka, biarkan PAS merasai kesan bertanding tiga penjuru. Apabila PAS tiada kerusi dan tiada negeri , barulah PAS sedar . Pada masa itu,  PAS tidak akan dipedulikan lagi oleh BN.
Bagi penulis , PAS masih ada peluang berpatah balik dan jika PAS kembali, peluang rakyat merasai pemerintahan baru akan tercapai. Rakyat akan terlepas dari kesengsaraan di zaman pemerintahan BN ini. Namun , jika PAS kekal sombong, penulis berdoa PH mampu memerintah negara walaupun bertanding tiga penjuru.

Wassalam 

Posted by Tulahan 
February 10, 2016

2 comments:

KISAH SUKSES IBU HERAWATI said...

Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Lihat No Tlp Aki Di website/internet ~>KLIK DISINI<~ Wassalam

Unknown said...

Saya ingin menyampaikan kepada
seluruh Tki yang bekerja di negeri orang ,,
saya PAK HERMAWANG KAMI TKI DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa, apalagi dengan keadaan istri hamil mengandalkan
gaji itupun buat makan, sedangkan hutang banyak
kebetulan kami buka-buka internet mendapatkan
nomor AKI katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL ,,dengan keadaan susah jadi saya coba
hubungi aki karna saya pikir tidak ada salah,nya kita coba dan minta
angka bocoran angka 4D yang di berikan aki ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudarah di indonesia maupun di
luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas atau mau bukah usaha dan perlu uang untuk sehari harinya
jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda
hubungi DARMO di nomor 082-310-142-255 silahkan anda buktikan sendiri
demi allah saya sudah membuktikan angka dari aki sekrang giliran anda untuk MEMBUKTIKANNYA!!!
>>>> KELIK DISINI KELUARAN NOMOR TOGEL 4D 5D 6D 7D <<<<

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena