Monday, 22 February 2016

Jebonesta melawat tapak kerja menaiktaraf kubah Masjid Shah Alam & 'Campur tangan' Azmin di Pulau Pinang kejutkan Guan Eng.

Isnin, 22 Februari 2016

Page Liked · Yesterday 

Jebonesta melawat tapak kerja menaiktaraf kubah Masjid Negeri di Shah Alam. Dimaklumkan Jebonesta terdiri dari Arkitek, Jurutera, QS, Akauntan, Project Manager dan Kontraktor serta IT Specialist....

Woish! Ni 70 juta punya kerja... bukan RM32 juta. Apa la hangpa dok kutuk Azmin Ali....?

Tapi... kami anggar hanya 70 juta rupee India.... jika di tengok pada tajuk kerja dan kerja2 dari yang kelihatan. Dengan harga tu pun kami jangka kontraktor dah boleh 3 kali raya sakan.

Kalau harga RM32juta bukan kata kontraktor, semua orang boleh raya macam2 raya.... ha ha ha

'Campur tangan' Azmin di Pulau Pinang kejutkan Guan Eng


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan rasa terkejutnya dengan ‘campur tangan’ Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dalam pentadbiran negerinya.
Lim berkata ini kali pertama seorang menteri besar atau ketua menteri sesebuah negeri yang diterajui Pakatan mengulas mengenai pentadbiran negeri lain.
"Sebagai menghormati, kita biasanya tidak lakukan ini. Jika ada apa-apa isu untuk dibincangkang, kita akan timbulkan secara tertutup dan bukannya di khalayak ramai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan majlis Tahun Baru Cina Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang hari ini.
Lim berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin bahawa ketua menteri itu tidak sepatutnya melucutkan jawatan pengarah GLC dua wakil rakyat PKR - Ong Chin Wen (ADUN Bukit Tengah) (kanan) dan Cheah Kah Peng (ADUN Kebun Bunga) - kerana mereka hanya menjalankan peranan sebagai wakil negeri yang dipilih.
Azmin selaku timbalan presiden PKR mempertahankan kedua-dua wakil rakyat partinya itu dan berkata biro politik telah menghantar surat kepada Lim dengan harapan perkara itu boleh dibincangkan secara harmoni.
Menurut Lim yang juga adalah setiausaha agung DAP, beliau akan memberi tindak balas secara positif sebagai menghormati kedudukan Azmin sebagai menteri besar dan akan mempertimbangkan surat rayuan PKR berhubung nasib dua ADUN itu.
"Kita belum terima surat itu dan Azmin tidak menyebut apa-apa kepada saya apabila kami jumpa minggu lalu pasa mesyuarat Majlis Raja-Raja di Selangor," kata Lim.
Ong diketepikan daripada jawatan pengarah Penang Invest and Island Golf Properties Bhd manakala Cheah digugurkan daripada Perbadanan Bukit Bendera.
November lalu, kedua-dua mereka adalah antara lima daripada wakil rakyat PKR di Pulau Pinang mengambil sikap berkecuali pada sesi undian terhadap rancangan kerajaan negeri melaksanakan projek tebus guna tanah pinggir laut di negeri berkenaan.
Malaysiakini.

1 comments:

KISAH SUKSES IBU HERAWATI said...

Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Lihat No Tlp Aki Di website/internet ~>KLIK DISINI<~ Wassalam

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena