Monday, 15 February 2016

Enam Ahli Akademik umum sertai AMANAH hari ini...Sejak Nik Aziz tiada, PAS kecederaan parah & hilang faktor penyatuan.

Isnin, 15 Februari 2016

Enam Ahli Akademik umum sertai AMANAH hari ini

Enam Ahli Akademik umum sertai AMANAH pagi ini.



  1. Prof.Madya Dr.Hasan Bahrom
  2. Prof. Madya Hamidon Musa
  3. Prof. Madya Dr.Ali Rahman
  4. Prof. Madya Dr.Sulaiman Mohd Nor
  5. Prof. Madya Dr. Zaki Latiff
  6. Haji Yusop Hasan (PTD)

Selamat datang dan Selamat Berjuang.

Laporan Unit Media Amanah


 KDL.



Sejak Nik Aziz tiada, PAS kecederaan parah – Mustapa


TG_Nik_Aziz
















Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed menyifatkan PAS kehilangan faktor penyatuan sejak setahun kehilangan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau turut merumuskan bahawa apa yang berlaku terhadap sejak 12 bulan lalu adalah kesan serta impak ketiadaan Allahyarham yang merupakan seorang tokoh yang amat disegani.
“Tuan Guru Nik Aziz seorang pemimpin hebat, beliau berjaya menyatukan ahli PAS bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh negara serta ahli-ahli pembangkang,” kata Mustapa mengulas mengenai genap setahun pemergiaan bekas Mursyidul Am PAS itu.
Tambahnya, senario pasca pemergian Allahyarham juga memberi kesan besar kepada blok pembangkang secara keseluruhannya.
“Jadi, hari ini bila beliau tiada, kita dapati parti pembangkang berpecah.. kita nampak mereka hentam-menghentam antara satu sama lain,” ujar beliau.
Bagaimanapun, Mustapa mengingatkan UMNO Kelantan tidak boleh alpa dengan ‘kecederaan parah’ yang terus membarah dalam PAS ketika ini.
Sebaliknya, beliau menyeru seluruh jentera UMNO Kelantan menggiatkan usaha termasuk meningkatkan jumlah pengundi untuk misi merampas semula Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Tarikh 12 Feb 2016 merupakan genap setahun pemergian Allahyarham Nik Abdul Aziz.
Sepanjang tempoh itu, lanskap politik PAS telah berubah dengan menyaksikan perpecahan yang membawa kepada penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) dan PAS keluar daripada gabungan pakatan pembangkang.- Astroawani

1 comments:

KISAH SUKSES IBU HERAWATI said...

Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Lihat No Tlp Aki Di website/internet ~>KLIK DISINI<~ Wassalam

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena