Thursday 18 February 2016

"Tak kan otak orang PAS sama taraf je dengan UMNO?" Jawapan kepada Tuduhan AMANAH "Keldai DAP"

Khamis, 18 Februari 2016

Jawapan kepada Tuduhan AMANAH "Keldai DAP"


Masa berGEGAS di Sabak Bernam baru ni, ada sorang pakcik bgtau anak dia marah dia pergi dengar ceramah Amanah sebab Amanah ni kata anak dia "Kuda Tunggangan DAP".

Maka aku teringin nak coret sikit pasal isu ni.

1. Dulu tahun 2009, Umno kata PAS Kuda Tunggangan DAP. Hari ini PAS kata Amanah Kuda Tunggangan DAP. Tak kan otak orang PAS sama taraf je dengan UMNO ... jadilah cerdik sikit dari UMNO. Tuduhan tu ibarat meludah ke langit, terkena muka sendiri. Tuduhan kamu terhadap Amanah sekarang, hanya mengiyakan tuduhan UMNO terhadap kamu sebelum ini. Melainkan kamu sendiri memang mahu mengakui bahawa selama 6 tahun sebelum ini, kamu memang benar-benar Kuda Tunggangan DAP. Apa agaknya perasaan almarhum TGNA dengan tuduhan kamu ini? Apakah selama 6 tahun sebelum ini, TGNA adalah Kuda Tunggangan DAP?

2. Pakatan Harapan ada perjanjian yang ditandatangani bersama. Pernahkah ada perjanjian antara "Kuda" dan "Penungangnya". Apakah satu perjanjian yang bersifat "mutual interest" boleh dianalogikan sebagai kuda tunggangan? Ada akai ka?

3. Kamu kata DAP tolak Hudud maka tidak boleh lagi kerjasama dengan DAP. Cuba kamu beri nama satu parti yang kamu pernah bekerjasama sebelum ini dan sekarang ini yang menyokong perlaksanaan Hudud? Ada? Lalu tahaluf apa yang sebenarnya kamu adakan sebelum ini? Malah PKR sendiri menulis surat dalam bentuk dokumen rasmi membantah pembentangan enakmen hudud di Kelantan, tetapi kamu masih mahu bertahalluf dengan PKR. Kepura-puraan apakah ini? Kenapa ada double standard? Malah, satu-satunya parti yang pastinya menyokong dan tidak menentang perlaksanaan hudud ialah Parti Amanah yang kamu sangat musuhi sekarang. Padahal, cuma berbeza pendekatan dan fiqh awlawiyat sahaja. Maka, hentikanlah pembohongan ini. Bersikap benarlah!

4. Serangan kamu terhadap DAP tiada asas politik yang rasional. DAP adalah satu parti yang berjaya melumpuhkan sama sekali kekuatan MCA, Gerakan, dan MIC. Sekiranya kamu mencederakan DAP, yang untung hanyalah MCA, Gerakan, MIC, dan UMNO. Apa untungnya pada Islam sekiranya MCA, Gerakan, MIC, dan UMNO menjadi kuat semula seperti sebelum ini?

5. PAS sehingga sekarang masih gagal melaksanakan Hudud di Kelantan. Padahal tidak ada seorang ADUN DAP pun di Kelantan. Malah DAP pun boleh dikatakan tidak dirasai kewujudannya di Kelantan. Apakah DAP menjadi punca kegagalan melaksanakan Hudud di Kelantan? Pastinya tidak. Jadi apa punca sebenarnya? Kenapa mahu salahkan DAP di atas kelemahan sendiri?

Lu pikir lah sendiri...

Posted by Kedah Lanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena