Sunday 14 February 2016

Ahmad Awang: Baling mikrofon tak rosak akidah...Pakai pakaian tuhan sembahan Cina itu lagi berbahaya dan boleh jejaskan akidah.

Ahad, 14 Februari 2016

Pakai Pakaian Dewa Cina, SU PAS Selangor Terima Akibat...

3 COMMENTS:


tok janggut,  9 February 2016 at 09:14
Kalau parti lain tu tak le marah sgt tapi ni parti yg mencanangkan yg dia je yg ISLAMIC sana sini canang nak tegakkn ISLAM tapi amalan ahli sendiri tidak di tarbiah akhlak ISLAMIC...Ni terdesak sgt nakkan sokongan org China..jgn nanti ada yg sanggup makan daging babi semasa perayaan dgn alasan masyarakat majmuk dah la..

tanya sama itu hud hud,  9 February 2016 at 13:39
Jawapan bangang..
Takkan la mangkuk sangat.kalau pakaian maharaja sekalipun,takkan la kena pakai janggut dan misai palsu.
Nanti thaipusam elok la hg cucuk mulut dgn garpu pulak din oii..
Bleh dpt undi kaum india pulak.
Dasar pemimpin cai,badut dan sarkas

Hasnal Bakiyah,  9 February 2016 at 13:51
Anti sangat kat cina..itu lah akibatnya..
Anti sangat assabiah..tup..tup..tuan presiden pulak ajar supaya assabiah...
he5 lucu la PAS ni
Posted by Jeebond BLM 

Baling mikrofon tak rosak akidah, kata Ahmad Awang

Tindakan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mencampak mikrofon selepas berucap tidak menyebabkan rosak akidah, kata Penasihat Umum AMANAH, Ahmad Awang.
Menurutnya, ia tidak seperti yang dilakukan oleh ADUN PAS Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman yang berpakaian ala maharaja China ketika menghadiri majlis perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini.
Ahmad berkata, Mohamad hanya mahu menunjuk perasaan kesalnya kepada rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu, yang disifatkannya sebagai “penakut”.
“Campak mikrofon tak rosak akidah. Pakai pakaian tuhan sembahan Cina itu lagi berbahaya dan boleh jejaskan akidah. Alasan Khairuddin tak tahu atau terpedaya itu cerita lain.
“Kalau dia (Mohamad) tidak buat begitu (campak mikrofon), orang tidak akan ingat apa yang Mat sabu buat ketika itu.
"Bila dia buat begitu orang semua ingat. Mat Sabu kata ketidakpuasan hati dia,” katanya kepada Malaysiakini selepas program Kicau Deeni di ibunegara hari ini.
Mohamad bertindak mecampak mikrofon itu selepas berucap di Himpunan 365 #BebasAnwar di Penjara Sungai Buloh, sempena setahun bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selepas disabit dengan tuduhan liwat.
Dalam ucapannya Mohamad turut berkata rakyat Malaysia tidak mempunyai keazaman menolak Najib walaupun tanggapan terhadap pentadbirannya teruk.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menganggap tindakan Khairuddin memakai pakaian pakaian menyerupai dewa hanya sebagai salah faham.
Terdahulu, Khairuddin dilapor menghadiri majlis perayaan Tahun Baru Cina bersama masyarakat Tionghua di Wangsa Permai, Kepong dengan memakai pakaian ala 'maharaja China'.
Menurut Harakah Daily lagi, Khairuddin tidak tahu menahu pakaian yang dikenakannya itu menyerupai Dewa Cao Guo Jiu.
Laporan itu memetik Khairuddin sebagai berkata persatuan penduduk Wangsa Permai memaklumkan ia adalah pakaian ala maharaja China.
Sementara itu, Ahmad menafikan bahawa parti itu menggunakan Islam untuk kepentingan diri sendiri tetapi sebaliknya untuk berkhidmat kepada rakyat.
Malah jelasnya sekiranya beliau sendiri hendak berbuat demikian ia boleh dilakukan 30 tahun dahulu ketika menjawat jawatan tertinggi sebagai pengarah Pusat Penyelidikan Islam.
“Bagi kita, tidak timbul agama diperalatkan kerana kita ambil perjuangan ni nak berkhidmat kerana Islam dan bukan kepentingan diri kita. Kalau nak kepentingan diri, kita tak perlu tubuh parti AMANAH.
“Kalau untuk kepentingan diri, bukan sekarang tapi 30 tahun dahulu, iaitu pada awal 70-an hingga 90-an. Ketika itu saya sebagai pengarah dakwah Pusat Islam, pengarah Pusat pendidikan Islam sememangnya kita berusaha berdakwah..
“Akhirnya saya dibekukan kerana dianggap orang politik yang menyanggah kerajaan.
“Kalau nak cari kedudukan pada masa itu (30 tahun lalu), orang yang ada kebolehan agama, peralatkan agama untuk kepentingan, saya tidak akan ada dalam parti Islam sekarang ini,” katanya.
Malah katanya, kewujudan AMANAH sendiri adalah untuk menyampaikan amanah kepada rakyat di negara ini.
“AMANAH diwujudkan untuk menggalas amanah untuk diberikan kepada rakyat. Walaupun dulu dalam PAS, sekarang dalam wadah yang lain, kita AMANAH akan istiqamah dalam Islam,” katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena