Wednesday 17 February 2016

[Video Banglasia] 1MDB - Jho Lo apa khabar? & Derma RM2.6bilion - Najib melanggar undang-undang, kata Hanipa Maidin

Khamis, 18 Februari 2016
Mesti anda kenal Menteri Banglasia... tumpul otaknya

Like This Page · Yesterday 
 Jho Lo apa khabar?

Assalamualaikum & slmt pagi semua.. Ceriakan hidup anda harini dgn nyanyi lagu kebangsaan banglasia dgn penuh SETIA DAN AMANAH..

Derma RM2.6 bilion Najib jelas kes rasuah, kata forum

OLEH SHERIDAN MAHAVERA
Published: 18 February 2016 7:51 AM
 Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin berkata Perdana Menteri Najib Razak langgar undang-undang apabila tidak mengisytiharkan derma RM2.6 bilion itu sejak awal menerimanya pada Mac 2013. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 18 Februari, 2016.
Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin berkata Perdana Menteri Najib Razak langgar undang-undang apabila tidak mengisytiharkan derma RM2.6 bilion itu sejak awal menerimanya pada Mac 2013. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 18 Februari, 2016. 

Mengikut sekurang-kurangnya 2 undang-undang sedia ada, penjawat awam yang menerima wang dalam akaun bank peribadinya dianggap menerimanya bagi tujuan rasuah, kata 2 peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan dan Hanipa Maidin.
Dalam kes Najib, presiden Umno itu tidak secara sukarela mengisytiharkan RM2.6 bilion itu ketika ia dimasukkan ke akaun peribadinya pada Mac 2013, lebih sebulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, kata Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang.
RM2.6 bilion atau AS$681 juta itu didedahkan Wall Street Journal, 2 tahun selepas itu, pada Julai 2015. Akhbar itu melaporkan wang berkenaan daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sebulan selepas itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan ia adalah derma politik daripada penderma Timur Tengah tetapi tidak ada penjelasan diberikan bagaimana wang itu dibelanjakan.
Hanipa berkata mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961, wang diterima penjawat awam dianggap wang diterima bagi tujuan rasuah.
“Jadi mengapa tidak ada pendakwaan?” kata Hanipa dalam respons kepada keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 26 Januari untuk membebaskan Najib daripada kesalahan salah laku kerana menerima RM2.6 bilion itu.
“Bila kita tanya siapa beri wang itu, peguam negara hanya kata orang awam tidak ada hak untuk tahu.
“Tetapi hujah saya ialah, hak untuk tahu mendahului hak kebebasan bersuara,” kata Hanipa pada forum bertajuk “Skandal 1MDB dan RM2.6 bilion: berakhirnya kedaulatan undang-undang?” di Petaling Jaya, malam tadi.
Hanipa berkata Najib melanggar undang-undang apabila tidak mengisytiharkan wang itu sejak awal menerimanya pada Mac 2013.
“Beliau tidak sepatutnya terima. Ini kes yang jelas,” katanya ketika ditemui selepas forum itu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/terima-derma-politik-jelas-kes-rasuah-kata-forum#sthash.yt1QOcWV.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena