Saturday 13 February 2016

BANGLA 'Bukan salah kerajaan'... Dah tu rakyat pula dipersalahkan? PERGHHH, BILION-BILION JUGAK!

Ahad, 14 Februari 2016
Page Liked · 2 hrs 
 
PERGHHH...BILION-BILION JUGAK...!!

Hampir tidak ada yang setuju dan gembira dengan keputusan kerajaan membenarkan kemasukan 1.5 juta pekerja asing daripada Bangladesh bekerja di negara ini untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Selain ramai yang menyifatkan keputusan itu seolah-olah menjadikan negara ini "lambakan hamba abdi", yang lebih dirisaukan ialah kesan sosial daripadanya yang mungkin jauh lebih buruk dan menggerunkan.

Ini berikutan sekarang ini pun dikatakan terdapat lebih 5 juta pekerja asing di negara ini di mana 2.2 juta daripadanya berdaftar secara sah, manakala selebihnya adalah tanpa izin.

Membenarkan kemasukan 1.5 juta lagi, bermakna dalam tempoh tiga tahun akan datang, jumlah pekerja asing di negara ini akan meningkat kepada kira-kira 7 juta orang.

Maka, apa rasionalnya lagi menambah masalah sedia ada?

Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi dalam mempertahankan kemasukan itu berkata, ia bukanlah kehendak kerajaan, tetapi untuk memenuhi permintaan pasaran dalam sektor perkilangan, perladangan, pembinaan dan sebagainya.

Hari ini pula beliau sekali lagi mempertahankan keputusan itu dengan menegaskan, ahli FMM atau Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia sendiri yang meminta kemasukan pekerja asing tersebut kerana menghadapi masalah kekurangan pekerja.

Ehhh...ehh...ehh, sejak bila kerajaan mempunyai sikap tunduk seratus-peratus kepada kehendak pasaran semata-mata dalam membuat keputusannya?

Apa gunanya sebuah kerajaan yang mengaku bertunjangkan rakyat jika akhirnya kepentingan kapitalis saja yang ingin dipenuhi?

Rakyat pula dipersalahkan kerana kemasukkan warga Bangla? 

Wak setuju juga dengan cadangan kerajaan membawa masuk 1.5 juta warga Bangla ke Malaysia secara berperingkat-peringkat. Kita juga tidak patut menyalahkan kerajaan kerana terpaksa membawa masuk rakyat Bangla ni ke Malaysia. 

Merujuk kepada alasan TPM, kerajaan terpaksa memenuhi kehendak majikan-majikan yang memerlukan pekerja-pekerja di bidang perladangan dan pembenaan. Kunun kata TPM bahawa rakyat tempatan tidak berminat untuk bekerja dalam bidang itu. 

Mungkin juga perkara ini ada kebenaran nya, kerana boleh pir semua remaja-remaja di Malaysia ini berpelajaran dan berpendidikan 'tinggi' juga. Mungkin juga mereka tidak sanggup memperhambakan diri jadi kuli di ladang-ladang dan di sektor pembenaan dengan berkelulusan tinggi itu. 

Dengan alasan-alasan seperti itu Wak sangat setuju kerajaan membawa masuk buruh-buruh dari Bangladesh seberapa banyak yang diperlukan oleh sektor pembenaan dan perladangan. 

Akan tetapi kita jangan lupa bahawa bukan semua rakyat Bangla yang dibawa masuk itu sanggup bekerja di ladang dan disektor pembenaan. Mungkin juga pada perjanjian asalnya mereka bersetuju, akan tetapi tiada siapa yang boleh menjamin akuan mereka itu dipatuhi. 

Sekarang kita sudah lihat banyak bukti bahawa warga Bangla ini tidak berminat langsung untuk bekerja di ladang-ladang atau di sektor pembenaan, kalau adapun bilangannya terlalu kecil jika dibandingkan dengan ramainya warga Bangla yang sedang berada di negara ini. 
Posted by Mohd Sulaiman 

Bukan salah kerajaan bawa masuk pekerja Bangladesh – TPM
 | February 13, 2016
Rakyat Malaysia enggan bekerja dalam sektor perladangan dan pembinaan menyebabkan berlaku kekurangan tenaga kerja.
SHAH ALAM : Kerajaan tidak sepatutnya dipersalahkan kerana terpaksa membawa masuk secara berperingkat 1.5 juta rakyat Bangladesh untuk bekerja di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pekerja terbabit diperlukan untuk mengisi kekosongan dalam bidang tertentu yang tidak mahu diisi oleh rakyat tempatan.
‘Kita bukan mahu menghalang rakyat Malaysia bekerja tetapi mereka (pekerja Bangladesh) akan mengisi kerja-kerja yang tidak mahu dilakukan rakyat tempatan,” katanya di sini, hari ini.
Sektor perladangan dan pembinaan mengalami kekurangan tenaga kerja kerana sering dianggap sebagai ‘sektor 3D’ iaitu kotor, bahaya dan sukar.
“Berapa ramai rakyat Malaysia mahu bekerja dalam bidang perladangan dan pembinaan yang terdedah kepada cuaca panas dan hujan?
“Berapa ramai yang mahu bekerja dalam ‘sektor 3D’? Tidak ada,” tegasnya.
Justeru, beliau mahu semua pihak berhenti menyalahkan kerajaan kerana bersetuju untuk membenarkan pengambilan pekerja Bangladesh secara berperingkat itu.
“Jangan salahkan kerajaan, jangan salahkan saya, jangan salahkan Kementerian Dalam Negeri. Jangan lihat dari sudut negatif sahaja,” katanya.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena