Thursday 18 February 2016

"Kami bekerja 24jam/7hari setiap minggu"...Beri masa pengundi Melayu luar bandar percaya PH.

Khamis, 18 Februari 2016
Beri masa pengundi Melayu luar bandar percaya PH
 | February 18, 2016

rafizi-pakatan-harapan
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli akui Pakatan Harapan (PH) sedang berusaha kuat untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu luar bandar bagi memastikan satu perubahan yang stabil dan kekal lama dapat diwujudkan dalam arena politik negara.
Ujarnya, pengundi bandar yang menyokong pembangkang pada pilihan raya 2008 dan 2013 harus memberi masa kepada PH dan turut membantu mereka mendapatkan kepercayaan dari masyarakat kampung.
“Anda tahu atau tidak, kita bekerja 24/7 dan setiap minggu. Jika ada anugerah untuk ahli politik pembangkang yang optimistik, sudah tentu saya menang.
“Kita tidak akan dapat peluang dengan melakukan paksaan. Ia bukan soal menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak dan UMNO, tetapi adalah untuk mendapatkan perubahan yang kekal lama,” ujarnya dalam satu forum, semalam.
Rafizi berkata demikian sebagai respon kepada salah seorang hadirin yang mendakwa masyarakat kampung tidak mahu perubahan dan masih menyokong UMNO serta Barisan Nasional.
Ahli Parlimen Pandan itu menyatakan, parti pembangkang telah berusaha keras sejak 2008 untuk menawan kubu kuat UMNO-BN di kawasan kampung dengan mendedahkan fakta-fakta yang melibatkan Najib.
Ujarnya, pengundi Melayu di kawasan kampung perlu hilang kepercayaan terhadap UMNO kerana pelbagai skandal telah didedahkan seperti Tabung Haji dan isu Mara.
Isu-isu berkenaan menyebabkan hak Melayu dan Bumiputera tidak lagi mampu dibela.
“Sudah tentu kita ada perancangan. Anda fikir apa yang berlaku ini terjadi dengan sendirinya? Anda harus lihat bagaimana UMNO gagal. Saya rasa mereka sudah sampai ke tahap itu.
“Sebab itu isu Tabung Haji dan Mara adalah isu penting. Kami kini berada di tahap yang ketiga. Ia masih tidak cukup untuk menunjukkan pada mereka bahawa UMNO tidak lagi menjaga kebajikan mereka. Percayalah, bersabarlah,” katanya.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/02/18/beri-masa-pengundi-melayu-luar-bandar-percaya-ph/#sthash.xTgto2a6.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena