Kazim Ilias Diserang Sakit Jantung Ketika Berceramah Di Kelantan
BACHOK - Datuk Kazim Ilias terpaksa dikejarkan ke hospital kerana dipercayai mengalami serangan sakit jantung ketika dalam satu program ceramah.
Kazim Elias sepatutnya menjayakan satu ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di perkarangan Pertubung Pelandang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bator malam ini.
Majis yang membawa tajuk kupasan 'Jihad Agro Makanan Negara' yang sepatutnya bermula pada 9.30 malam itu bagaimanapun tidak dapat diteruskan atas sebab tersebut.
Jemaah Ahli Lembaga Pengarah PPK Sri Gunong, Mohd Radzuan Hamat mengesahkan kejadian itu dan Ustaz Kazim kini stabil di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Menurut Timbalan Pengurus (Pembangunan) KADA, Nik Ruslan Idrus pula, sebaik sahaja naik ke pentas dan memulakan ceramah tidak sampai lima minit, Ustaz Kazim terpaksa menghentikan kerana sakit dada.
BLM.
0 comments:
Post a Comment