Thursday 18 February 2016

[Video Korek-korek] AkuJanji terbaru BN...'SIFAR LUBANG'! Jalan berlubang dilukis imej zakar dibaiki serta-merta.

Jumaat, 19 Februari 2016


Bila nak dekat pilihanraya, bermula la episod tabur janji itu ini kpd rakyat.
kini.. AkuJanji terbaru BN... 'SIFAR LUBANG'
Ha ha ha ha.... LAWAK...

Jurutera JKR lafaz akujanji 'sifar lubang'

Jurutera-jurutera daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) menandatangani akur janji untuk memastikan bahawa tidak akan ada jalan awam yang berlubang di negara ini.
Ikrar itu membabitkan semua jalan persekutuan dan jalan negeri di bawah bidang kuasa JKR.
Semua 78 jurutera menyerahkan aku janji mereka kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof pada mesyuarat jurutera daerah itu di ibu pejabat kementerian di Putrajaya semalam.
"Adalah kami jurutera-jurutera Daerah JKR Malaysia berikrar dan berjanji serta komited untuk memastikan jalan persekutuan dan negeri di bawah pentadbiran JKR sentiasa dalam status sifar ‘pothole’” petik dokumen aku janji itu.
Dokumen itu telah juga ditandatangani oleh pengerusi mesyuarat berkenaan, Muhammad Jusoh dan setiausaha mesyuarat, Maria Marcus.
Aku janji itu dibuat selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengisytiharkan sasaran dalam menjadikan ibu negara ini bebas daripada lubang mulai tahun depan.
Malaysiakini


Jalan berlubang dilukis imej zakar dibaiki serta-merta.

Nizam BakeriAstro Awani | Diterbitkan pada Januari 17, 2016 14:54 MYT


Jalan berlubang dilukis imej zakar dibaiki serta-merta
Wanksy menggunakan semburan cat mudah tanggal agar imej tersebut mudah hilang selepas lubang jalan dibaiki pihak berkuasa tempatan - Foto Facebook

BEBERAPA jalan berlubang di kawasan Ramsbottom, Greater Manchester baru-baru ini didapati dilukis dengan imej zakar, lapor Evening Express.

Imej tersebut dilukis oleh seorang artis misteri yang menggelarkan diri sebagai Wanksy dengan menggunakan semburan cat.

Beberapa foto telah dimuat naik laman Facebooknya bagi mengesahkan tindakan tersebut.

Artis misteri ini menggunakan cat mudah tanggal dan ‘karyanya’ pernah muncul di kawasan Bury tahun lalu bagi membantu para pengguna jalan raya yang berhadapan dengan masalah jalan berlubang yang kritikal.

Menurut Wanksy di laman Facebooknya, pendekatan ini merupakan sumbangan kepada masyarakat dengan menggunakan seni untuk menunjukkan lubang yang merosakkan kenderaan dan membahayakan nyawa penunggang basikal.

Tindakan ini mengundang pelbagai respon dari masyarakat setempat dan pihak berkuasa.

Pihak berkuasa tempatan melabelkan tindakannya sebagai bodoh dan satu penghinaan serta menyifatkan simbol lucah itu sebagai tindakan vandalisme.
Ironinya, lukisan artis misteri ini juga yang mendorong pihak berkuasa tempatan untuk menurap jalan berlubang tersebut dengan segera untuk menutup simbol berkenaan.

Astro Awani 


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena