Thursday, 18 February 2016

LGE beri insentif RM10,000 kepada Faiz Subri...Najib kaki 'rembat'?

Khamis, 18 Februari 2016
Najib mmg terer bab2 merembat.. sampai 'melancong' 😂😂😂

Hero Bola Sepak Malaysia Terima RM10 Ribu Dari Kerajaan Pulau Pinang



Mohd Faiz (tengah) menerima sumbangan dari Guan Eng di Pejabat Ketua Menteri. - Foto Sinar Harian

PERBADANAN Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melalui Kerajaan Pulau Pinang memberi insentif berjumlah RM10,000 kepada pemain tengah pasukan bola sepak Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri di Pejabat Ketua Menteri sebentar tadi.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng disaksikan jurulatih pasukan itu, Jacksen F Tiago, Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff, isteri Mohd Faiz, Nor Zawanis Hashim serta beberapa Exco lain.

Guan Eng berkata, sumbangan itu sebagai menghargai pencapaian terbaik Mohd Faiz yang membuat sepakan percuma yang disifatkan sebagai gol ajaib sehingga mendapat perhatian dunia.

Terdahulu, nama Mohd Faiz menjadi sebutan ramai di seluruh dunia selepas dia menjaringkan satu gol istimewa, Selasa lalu.

Mohd Faiz membuat kejutan apabila sepakan percuma yang dilakukannya dari jarak 35 meter, melengkung masuk ke gawang gol dalam perlawanan menentang pasukan Pahang dalam Liga Super Malaysia yang berlangsung di Stadium Bandaraya.

BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena