Friday 12 February 2016

Memang sangat memalukan...Apa beza Najib dengan Adun PAS Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman!

Jumaat, 12 Februari 2016
Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin minta penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tegas menjaga batas Islam ketika pemimpin itu hadir majlis keagamaan bukan Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Februari, 2015.
Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin minta penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tegas menjaga batas Islam ketika pemimpin itu hadir majlis keagamaan bukan Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Februari, 2015. 
Adun PAS Paya Jaras Pakai Baju Dewa Cina? Untuk Apa Pakai Baju Tu...???


Orang kata ini adun pas paya jaras, dia pakai baju dewa cina sewaktu beraya bersama penyokong dia di paya jaras...

Kalau ya pon nak tarik undi cina, tak payahlah nak berkostium bagai, pergi pakai baju warna merah je kan sudah, kenapa la nak bodohkan diri sendiri...

Aku sebenarnya malas la nak tibai sangat mamat nie, pasal dia ni boleh dikatakan bagus juga dari servis dia sebagai wakil rakyat...

Tapi kalau boleh, sebelum kau ikut bulat-bulat apa yang cina-cina tu suruh, make sure study la dulu, sesuatu perkara tu, bukan apa takut-takut jadi fitnah nanti...

Memalukan: Apa beza Najib dengan Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman!


MyKMU membandingkan langkah keras PAS terhadap Najib pada 2012 yang dibidas teruk selepas memakai kurta dan kalungan bunga dalam perayaan Thaipusam di Batu Caves.

“Pemuda PAS waktu itu paling hebatnya, siap minta campur tangan majlis fatwa lagi. Niatnya tidak ada lain, nak tuduh Najib hina Islam.

“Tapi hari ini, bila ada ADUN PAS sendiri yang berpakaian seperti dewa, tiba-tiba seluruh organisasi PAS jadi bodoh.

“Menganga macam itu sajalah, tak tahu nak cakap apa,” menurut laman Pro UMNO yang dikatakan menyokong Najib itu...

Berikut adalah artikelnya..

>
THAIPUSAM 2012, Datuk Seri Najib Tun Razak teruk dikutuk, dipersoalkan akidahnya malah dikafirkan sebahagian penyokong PAS kerana beliau ketika itu berpakaian kurta dan dikalung dengan gelungan bunga besar oleh pihak pengendali perayaan berkenaan di Batu Caves.

Pemuda PAS waktu itu paling hebatnya, siap minta campur tangan Majlis Fatwa lagi. Niatnya tidak ada lain, nak tuduh Najib hina Islam.

Tapi hari ini, bila ada ADUN PAS sendiri yang berpakaian seperti Dewa, tiba-tiba seluruh organisasi PAS jadi bodoh. Menganga macam itu sajalah, tak tahu nak cakap apa. Nampak sangat PAS memang parti politik, bukan ada kaitan dengan agama sekali. Kewujudannya semata-mata kerana kuasa dan undi, bukan sebab nak bawa sesiapa masuk syurga.

Menguatkan lagi kenyataan di atas, Dewan Ulama PAS sendiri menyifatkan perbuatan ADUN yang berkenaan sebagai ‘tidak mengapa’ sebab ADUN berkenaan kata tidak berniat nak menghina Islam. Wah wah wah, dah pakai macam itu pun masih kata tidak berniat lagi? Bodoh punya alasan tu (tak berniat) kalau nak diikutkan, tapi sebab sama sama geng, terima sajalah ya.

Jangan kalau Najib yang buat, takde kaitan hina agama pun dikatakan hina agama.

Payah bila agama campur aduk dengan politik. Bab orang lain cepat saja kau kutuk, bab kau sendiri, semuanya baik, semuanya elok. Masa Najib kena kondem di Batu Caves, kenapa Dewan Ulama PAS tak nasihat pengikutnya supaya jangan menghukum? tanya ada niat ke tidak (hina Islam) dulu sebelum menghukum?

Dari dulu pun, kalau sesiapa rajin Google, memang penulis dah cap PAS ini bertuhankan undi – sudah tentulah kenyataan itu sifatnya metafora, tapi tak pulak penulis sangka pada satu hari, dia jadi ‘Tuhan’ betul (baca dalam nada sinikal)!!

Akidah ni yang jadi pertaruhan, pun boleh buat main-main lagi, boleh letak politik atas dari agama?

MyKMU

* Memang sangat memalukan... kini semakin jelas dan semakin terang ...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena