Wednesday 10 February 2016

Aiik, 6 bulan lagi ahli AMANAH masuk Pas semula? Sebenarnya ramai ahli PAS tunggu masa masuk AMANAH!

Rabu, 10 Februari 2016
Pesan Presiden

DALAM TEMPOH 6 BULAN LAGI AHLI AMANAH MASUK PAS.

Biarlah sejarah yang menentukan dalam tempoh 6 bulan ahli AMANAH asal PAS akan kembali kepada PAS.

Dahulu mereka baruakan, tololkan, munafikkan, halal darahkan dan pengkhianat.Sekarang mereka galakkan supaya kembali kepada PAS.

Dahulu mereka bergaduh dengan PKR, tetapi yang jadi mangsa.Dahulu yang tolak hudud UMNO, sekarang DAP.
Posted by mantaro on 10 February 20162

Ramai ahli PAS tunggu masa masuk AMANAH 

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) menolak dakwaan PAS kononnya ahli parti itu akan kembali menyertai PAS kerana tidak yakin dengan parti baharu tersebut. 

Timbalan Presiden AMANAH, Salahudin Ayub berkata tidak ada tanda-tanda ahli AMANAH akan menyertai semula PAS, sebaliknya berlaku apabila semakin ramai ahli PAS yang menunggu masa untuk meninggalkan parti Islam itu. 

Katanya, PAS semakin lari daripada perjuangan asal menyebabkan ahlinya lari dan menyertai AMANAH. 

“Saya tidak nampak kita yang membuat AMANAH ini keliru (perjuangan parti) tetapi apa yang Datuk Takiyuddin Hassan perlu sedar ialah ramai lagi ahli PAS menunggu masa untuk masuk AMANAH.

“Jadi saya tidak teruja dengan ucapan Datuk Takiyuddin Hassan. Bukti PAS (tergugat) apabila mereka memperketat peraturan dan bakal mengenakan tindakan untuk menakutkan ahli. Sampai nak pergi dengar ceramah AMANAH pun tak boleh itu tandanya mereka terlalu bimbang keluarnya beramai-ramai ahli PAS menyertai AMANAH,” katanya kepada FMT. 

Semalam, Takiyuddin mengesahkan kebanyakan ahli AMANAH akan pulang ke pangkuan PAS dalam tempoh enam bulan kerana keliru dengan perjuangan parti itu. 

Dalam perkembangan lain, Salahuddin turut membidas tindakan pemimpin PAS yang masih memanggil AMANAH sebagai PAN. 

“Memang agenda mereka (PAS) untuk mengelar kita PAN walaupun kita sudah mendaftar dengan ROS dengan nama AMANAH, kerana perkataan AMANAH itu merupakan satu perkataan yang agung sebab itu mereka tak suka panggil kita AMANAH. 

“PAS sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan mereka begitu ‘busuk hati’ terhadap AMANAH dan kepada kami yang keluar daripada PAS untuk menubuhkan AMANAH,” katanya. -FMT 

1 comments:

Unknown said...

Tuan, kenapa blog tuan ni ada iklan judi?

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena