Monday 22 February 2016

[Terkini] Ahli Pas & Umno beramai-ramai sertai Amanah di Pokok Sena.

Isnin, 22 Februari 2016

[Terkini] Bekas Bendahari PAS Pokok Sena Sertai AMANAH


POKOK SENA - Pas Kawasan Pokok Sena sekali lagi menerima tamparan hebat apabila bekas bendahari bersama 10 ahlinya mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), baru-baru ini.

Bekas bendaharinya, Yusoff Ariffin berkata, beliau dan beberapa rakan kecewa dengan kepimpinan sekarang dan perjuangan Pas pada hari ini sudah kabur berbanding dahulu.

Menurutnya, dahulu Pas mahu menegakkan keadilan dan menjatuhkan Umno, tetapi sekarang hala tuju itu semakin hilang tujuan.


“Saya bersama Pas selama 30 tahun dan turut memegang beberapa jawatan penting dalam Pas Kawasan Pokok Sena. Bagaimanapun sejak Pas mulai bersekongkol dengan Umno menyebabkan ramai ahli Pas tergores,” katanya.

Yusoff berkata, tindakan mereka itu bukan sahaja turut diikuti ahli Pas sahaja, tetapi beberapa ahli Umno di kawasan itu sudah pun dan akan menyertai Amanah.

"Perjuangan Amanah juga bertunjangkan Islam seperti diperjuangkan Pas selama ini dan ahlinya berasa lebih berkesan menyertai parti ini dalam menjatuhkan BN dalam pilihan raya umum nanti,"
 katanya.

Katanya, Amanah di Pokok Sena mendapat sambutan baik terutamanya dalam kalangan anak muda yang sudah bosan dengan kerajaan hari ini.

"Kegagalan kerajaan hari ini di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib telah memberi semangat kepada golongan muda untuk terus memberi undi pada pilihan raya nanti," katanya.

Tambahnya, kejatuhan harga getah memberi kesan mendalam kepada penduduk di luar bandar dan ini sekali gus membuka mata mereka bahawa Umno serta parti komponennya sudah tidak mampu lagi memperjuangkan nasib penoreh getah.

"Oleh itu tidak hairanlah Amanah menjadi pilihan generasi hari ini dalam menentukan hala tuju politik mereka pada masa akan datang," katanya.

Dalam majlis penyerahan itu, Yusoff menyampaikan borang keahlian kepada Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh. -SH

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena