Saturday 7 October 2017

[Video Viral Suara 'Anak tong sampah'] Minta maaf atau ke mahkamah, kata NGO pada menteri wanita.

Sabtu, 7 Oktober 2017


Minta maaf atau ke mahkamah, kata NGO pada menteri wanita

Sebuah NGO hari ini mendakwa difitnah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan memberi tempoh seminggu untuknya memohon maaf jika tidak mahu berdepan tindakan undang-undang.
Agensi berita nasional Bernama juga diberi amaran yang sama kerana menyiarkan kenyataan Rohani berhubung dakwaan fitnah itu.
Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) Muhammad Khairul Hafiz Abdullah mendakwa kenyataan Rohani yang beliau dibayar untuk mendedahkan masalah yang berlaku dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah satu pembohongan.
Katanya, kenyataan itu disiarkan laporan bertajuk "KPWKM Buat Laporan Polis, MCMC Video 'Kitar Semula' Tular" oleh Bernama pada 25 September lalu.
“Saya beri tempoh seminggu kepada menteri (Datuk Seri Rohani Karim) dan juga Bernama (untuk memohon maaf). Jika tidak, (saya akan) heret kedua-duanya ke mahkamah.
“Buktikan saya dibayar, siapa yang bayar saya. Saya minta kerjasama tunjukkan akaun saya kalau saya dibayar. Akaun Perbak bukannya banyak duit,” katanya pada sidang media di Putrajaya.
Pada 2012, Muhammad Khairul dalam video bertajuk 'Suara anak tong sampah' yang tular ketika itu mendakwa sejumlah 1,758 anak-anak yang pernah berada di bawah JKM tidak mendapat status warganegara, termasuk dirinya yang terpaksa menjadi gelendangan selama enam tahun selepas keluar daripada sebuah pusat jagaan di Melaka.
Dalam video itu, beliau menyalahkan JKM yang didakwa tidak menjalankan tanggungjawab sehingga menyebabkan anak-anak bekas jagaan jabatan tersebut hanya mendapat status pemastautin sementara.
Menurut laporan Bernama bertarikh 25 September itu, Rohani membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selepas mendakwa video itu kembali tular, dan berkata hal yang dibangkitkan dalam video itu tidak benar.
"Pihak kementerian telah mengadakan pertemuan dengan individu dalam video berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Dia mengaku yang dia dibayar untuk itu," katanya seperti dipetik.
Rohani juga berkata, individu dalam video itu kini kembali "diburu" pihak tertentu bagi membuat video baru.
Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut Muhammad Khairul secara khusus.
Muhammad Khairul hari ini ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi mendapat penjelasan lanjut mengenai isu kad pengenalan anak-anak di bawah JKM.
Ini bukan politik
Sementara itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat akaun miliknya jika benar beliau dibayar pihak tertentu.
Katanya lagi, beliau terpanggil membantu anak-anak JKM pernah berada di tempat mereka satu ketika dulu.
“Ini bukan isu politik tapi kemanusiaan. Tapi anak JKM bila merempat tepi jalan baru mereka (kementerian) sedar isu ini wujud,” katanya.
malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena