NGO: Membazir keluar 'IC khas' kalau tak laku
Kerajaan mesti memastikan kad kenal diri khas yang bakal dikeluarkan kepada bekas anak jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapat pengiktirafan semua agensi kerajaan, kata sebuah NGO.
Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) Mohamad Khairul Hafiz Abdullah berkata ia bagi melindungi golongan itu daripada ditindas.
"Apa kelebihan kad tersebut? Adakah pihak berkuasa tempatan polis dan imigresen tahu tentang kewujudan kad tersebut?
“Bagi saya, (kad ini) ia perlu diperakui semua agensi kerajaan, polis, hospital malah JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan),” katanya yang pernah dijaga oleh jabatan itu.
“Bagi saya, (kad ini) ia perlu diperakui semua agensi kerajaan, polis, hospital malah JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan),” katanya yang pernah dijaga oleh jabatan itu.
Katanya, tanpa perakuan itu, kerajaan tidak perlu membazirkan duit rakyat memperkenalkan kad pengenalan khas itu.
Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rohani Karim pada 28 September lalu berkata kerajaan akan mengeluarkan kad pengenalan khas sementara bagi bekas penghuni JKM.
Menurut Rohani, dokumen tersebut akan diberikan kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas dan telah keluar dari rumah kebajikan bagi membolehkan mereka mendapat manfaat pekerjaan dan pendidikan.
Sementara itu, Khairul menegaskan kerajaan perlu serius menangani bekas penghuni yang tidak mempunyai kad pengenalan diri.
Katanya, kebanyakan golongan itu hidup merempat kerana sering dianiaya dan ditindas dalam soal pekerjaan.
"Saya perlukan sokongan semua pihak. Masalah IC (kad pengenalan) ini punca utama. Negatif dari positif. Saya di label macam-macam.
"Anak-anak ini dibesarkan oleh JKM, mereka keluar institusi, kerja tetap pun tiada. Ada majikan ambil kerja, gaji tak bayar," katanya.
Jelas Rohani sebelum ini JKM hanya mengeluarkan surat yang mengesahkan mereka adalah penghuni bawah jagaan agensi terbabit.
Namun katanya, dengan menggunakan surat, JKM tidak dapat mengesan kembali anak-anak tersebut kerana tidak ada data yang mencukupi.
malaysiakini
0 comments:
Post a Comment