Friday 6 October 2017

[Video Tun M hadir solidariti bersama Tian Chua & Mahathir 'Beli' Lim Kit Siang RM1 Bilion] Dzulkili (SPRM) patut letak jawatan, tak tahu saya disogok RM1 bilion, kata Kit Siang.

Sabtu, 7 Oktober 2017


Dzulkili patut letak jawatan, tak tahu saya disogok RM1 bilion, kata Kit Siang

Bagaimana mungkin SPRM tak tau sogokan besar Mahathir kepada saya, kata Kit Siang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad patut meletakkan jawatannya segera kerana tidak tahu bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyogok Lim Kit Siang RM1 bilion.

Kit Siang dalam satu kenyataannya berkata, jika benar beliau disogok, Dzulkifli orang pertama patut meletak jawatan kerana tidak cekap menjalankan tugasnya.
“Jika ada kebenaran dakwaan Mahathir menyogok saya RM1 bilion, dengan RM750,000 telah dibayar ke dalam akaun saya dan SPRM tak tahu apa-apa tentangnya.
“Oleh itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad patut meletakkan jawatan segera kerana tidak cekap,” kata Kit Siang.
Bagi beliau, bagaimana mungkin SPRM tidak tahu apa-apa tentang jumlah besar sogokan yang diberikan kepada beliau itu.
Blogger Raja Petra Kamarudin mendakwa, Kit Siang telah disogok RM1 bilion oleh Tun Mahathir bagi membolehkan empat perkara berlaku.
Ke empat-empatnya adalah Bersatu dibenarkan sertai Pakatan Harapan (PH), pastikan Mahathir menjadi pengerusi PH, pastikan Kit Siang tidak bercakap isu kerugian Bank Negara dalam isu tukaran asing dan pastinya anak Datuk Mukhriz Mahathir mendapat kerusi selamat untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Mahathir dalam kenyataannya sebelum ini mendakwa, orang yang membuat dakwaan ini adalah orang gila.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena