Sunday, 10 December 2017

[Video Dialog Santai Warung Kopi Jln Tiong KDAS Haji Asmuni & YB Mahfuz 'Kita Sekapal'] PAU2017 pentas ampu, kipas bukan selesai masalah rakyat, kata Wanita PH.

Isnin, 11 Disember 2017


Image result for Gambar Asmuni Awi

Pau2017 pentas ampu, kipas bukan selesai masalah rakyat, kata Wanita PH


Sheila Majid dan Fathia yang menyuarakan masalah rakyat dikutuk oleh perwakilan.

Wanita Pakatan Harapan kesal dengan Perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU 17) yang menghabiskan masa untuk ampu dan kipas bukannya mencari penyelesaian kepada masalah sebenar rakyat iaitu kos kenaikan sara hidup.

Aiman Athirah Al Jundi, Ketua Penerangan, Wanita Pakatan Harapan Malaysia berkata, PAU 17 terus terus mengamalkan politik ampu dan kipas sehingga menenggelamkan realiti sosio-ekonomi negara yang semakin rosak dan merudum teruk.


“Dengan kos hidup rakyat yang semakin meningkat, nilai mata wang ringgit Malaysia yang terus jatuh, subsidi rakyat yang dirampas, peluang pekerjaan yang tidak diurus baik, harta kekayaan negara yang terus dirompak oleh regim kleptokrasi dan pelbagai kehancuran yang sewaktu dengannya,” katanya dalam satu kenyataan.
Lebih kronik, katanya, apabila PAU 2017 juga akhirnya menjadi medan mengkritik, memalukan dan merendah-rendahkan tahap intelektualiti rakyat khususnya daripada kalangan artis-artis tanahair.
“Bermula dengan ucapan bertaraf angkuh dan sombong daripada seorang bekas artis bernama Dira kepada rakan artis lain iaitu Fathiya Latif sehinggalah kepada kritikan-kritikan oleh pemimpin Umno, Rosmah Mansor melalui pembantu khasnya dan anggota kabinet Najib Razak sendiri kepada Diva Lagenda Tanahair, Datuk Shiela Majid semata-mata hanya kerana Datuk Shiela Majid menyuarakan kebimbangannya terhadap situasi ekonomi rakyat mutakhir ini,” katanya.
Sheila baru-baru ini menyuarakan kekesalan dengan kenaikan harga barang dan kejatuhan nilai ringgit.
Kenyataan beliau itu kemudiannya dikutuk perwakilan Wanita Umno yang berucapa dalam PAU 17 itu.
Bagi Athirah, ulasan-ulasan pemimpin umno yang bertujuan menekan sekaligus menyekat suara-suara rakyat yang dilaung melalui batang tubuh para artis darihal tekanan hidup rakyat, hakikatnya adalah satu reaksonari yang bersifat pra-matang, lemah dan tidak bertanggungjawab.
Bahkan, katanya, ia satu pencabulan hak asasi rakyat yang sesungguhnya dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.
Aiman Athirah, Ketua Penerangan Wanita PH.
“Bukan itu sahaja, malahan seolah-olah menjadi satu signal kepada samseng-samseng pro-umno untuk kemudiannya menghantar mesej-mesej ugutan kepada artis seperti Fathiya Latif yang difahamkan kini menerima ugutan melibatkan nyawa dan keselamatannya.
“Inilah natijahnya, apabila pemimpin-pemimpin negara dan parti politik yang menjadi kerajaan lebih seronok bersikap samseng, adu domba, angkuh, sombong ; ibarat beraja di mata, bersultan di hati. Sehingga budaya ugut dan ancam suara rakyat sesuka hati semakin mengambil tempat,” katanya.
“Akhirnya secara tegas dan tugas kita nyatakan bahawa sesiapapun mereka yang bersuara membela rakyat dan kepentingan negara adalah pasukan Pakatan Harapan. Kita akan berdiri teguh bersama-sama mereka Demi Malaysia,” katanya.
Menurut beliau, umum boleh melihat dengan jelas bagaimana PAU 17 untuk kesekian kalinya menjadi medan membelasah parti-parti pembangkang khsususnya Pakatan Harapan yang kini menjadi saingan sengit pertarungan hidup mati Umno BN.
Hakikat itu diserlahkan sendiri oleh pemimpin-pemimpin Umno daripada peringkat perwakilan sehinggalah kepada presiden mereka sendiri.
“Demikianlah tahap dan nilai perjuangan mereka, sentiasa terkepung membicarakan manusia-manusia lain yang menjadi saingan, bukan sebaliknya membahaskan agenda pembangunan serta pemulihan sosio-ekonomi rakyat dan negara secara lebih berkesan,” katanya.
Adalah sangat malang, katanya, ruang dan platform yang sebesar malah sepenting PAU 17 yang seharusnya dimanfaatkan untuk memuhasabah jujur pentadbiran Umno selama kurang lebih 60 tahun, tetapi akhirnya dijadikan acara setaraf rewang, gossip, mencerca lawan termasuk sama meratibkan doa-doa laknat kepada lawan politik.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena