Saturday 16 December 2017

[Video JELAS~UMNO Sudah Hilang Kekuatan] Kita perlukan sokongan Umno untuk menang, kata PAS...Aik, kenapa UMNO saja?

Ahad, 17 Disember 2017

Image result for Gambar Najib dan hadi
RUU355: Siapa Berdusta, Siapa Terpedaya atau Hipokrasi Semata-mata?

Kita perlukan sokongan Umno untuk menang, kata PAS

Kita perlukan sokongan Umno untuk menang, kata PAS
Menurut Presiden PAS Abdul Hadi Awang, untuk menawan lebih banyak kerusi Parlimen berbanding sekarang PAS tidak mampu menang dengan penyokong dari partinya sahaja. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Disember, 2017.
PAS mengakui mereka memerlukan sokongan ahli Umno untuk menang lebih banyak kerusi Parlimen, walaupun sebelum ini menafikan akan wujudnya kerjasama politik antara dua parti terbesar  Melayu Islam itu.
Menurut Presidennya Abdul Hadi Awang, PAS tidak mampu menang lebih banyak kerusi Parlimen dengan hanya sokongan penyokong parti Islam itu sahaja.
"Hari ini, kita mempunyai 195 kawasan dari 222 kawasan Parlimen di seluruh negara. Bermakna sebahagian besar kawasan Parlimen sudah ada kawasan PAS.
"Kita perlu sedar, negara kita yang mengamalkan demokrasi berparlimen memerlukan undi banyak untuk mendapatkan kuasa.
"Kita tidak boleh menang dengan ahli PAS sahaja, tidak boleh menang dengan penyokong PAS sahaja. Kita perlu pada orang lain mengundi kita.
"Sana ada orang atas pagar, parti lain termasuk orang Umno sendiri mesti diajak mengundi kita untuk buat perubahan politik negara kepada Islam," katanya lapor akhbar Sinar Harian hari ini.
Oktober lalu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata, Majlis Syura Ulama sudah memutuskan yang parti Islam itu tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana ia boleh menjejaskan kekuatan parti.
The Malaysian Insight.



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena