Saturday 16 December 2017

[Video Lagi Pendedahan Ahli Totok Umno Keluar Umno kerana RM2.6 bilion] IMAMS dibatalkan selepas sehari pelaksanaannya...Kerajaan UmnoBN sudah semakin meroyan?

Sabtu, 16 Disember 2017

IMAMS, Lesen Khas Umrah (LKU) usaha kaut keuntungan cara paksa

IMAMS, Lesen Khas Umrah (LKU) usaha kaut keuntungan cara paksa

Kerajaan sedia ada sudah semakin meroyan dan tidak lagi mampu untuk membezakan antara membantu dan memaksa.

EKoran kegagalan mereka membandingkan antara mana satu yang dikatakan membantu umat Islam yang mengerjakan umrah, maka akhirnya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menjadi suatu yang wajib bagi mereka.
Keraguan ini dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Faiz Fadzil ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan beg sekolah kepada pelajar tidak berkemampuan di kawasan Dun Permatang Pasir, Permatang Pauh pagi ini.
Menurut beliau lagi, sistem pemantauan pengendalian pakej umrah Malaysia atau sistem ‘Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) yang dipaksa untuk diterima pakai oleh semua syarikat pengendali umrah dan ziarah adalah tidak wajar.
Faiz bersama pimpinan ARIF Permatang Pauh bergambar selepas menyerahkan beg sekolah pagi tadi.

Malah katanya, syarikat baru yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan iaitu Lesen Khas Umrah atau LKU merupakan suatu usaha bagi mengaut keuntungan secara paksa.
“Adalah difahamkan setiap agensi pengendali umrah dipaksa untuk mendaftar dengan syarikat pengendali iaitu IMAMS dengan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM90.10
“Menurut laporan pada tahun lalu sahaja sejumlah 240 ribu umat Islam negara ini yang telah mengerjakan umrah.
“Manakala pada tahun ini pula dianggarkan meningkat sebanyak 50 ribu lagi menjadikan seramai 290 ribu orang,” ujarnya lagi.
Tegasnya lagi, tindakan kerajaan menguatkuasakan undang-undang tersebut adalah melampau dan tidak seharusnya dilaksanakan.
Beliau juga berkata, sepatutnya kerajaan tidak lagi menyusahkan umat Islam melalui cukai GST yang telah begitu lama ditolak oleh rakyat.
“Mengenakan cukai GST seolah-olah menyumbat mulut rakyat dengan bola yang sama sendat walaupun untuk perkara ibadah.
“Sekali gus ia memperlihatkan bagaimana kerajaan pimpinan Umno-BN semakin terdesak untuk mengutip wang daripada rakyat.
“Mereka bukan sahaja sampai hati untuk menekan dan mengutip cukai GST daripada murid sekolah, warga emas, pelajar IPT dan golongan miskin, sebaliknya begitu berani memaksa jemaah umrah yang hendak ke Baitullah membayar tambahan,” jelasnya.
Oleh kerana itu katanya, syarat baru yang dikenakan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan menguatkuasakan IMAMS mulai 15 Disember adalah suatu yang malang bagi umat Islam negara ini.
“Sudahlah kos barangan meningkat dan semakin mahal, tiba-tiba GST pula dikenakan kepada umat Islam oleh kerajaan kini.
“Amanah menentang keras penambahan cukai yang dikenakan tersebut kerana ia amat membebankan.
“Justeru, rakyat mesti sedar dan bangkit untuk menolak kerajaan yang ada, kerana mereka bukannya cuba membantu rakyat, sebaliknya cuba mengaut keuntungan atas keperitan yang ditanggung oleh golongan marhaen,” tambahnya lagi.
Malaysia Dateline
IMAMS dibatalkan pelaksanaannya, kata Mas Ermieyati

IMAMS dibatalkan pelaksanaannya, kata Mas Ermieyati

Selepas sehari pelaksanaan  Sistem Pengurusan Pemantauan Bersepadu atau Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS)  ia akan dibatalkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (Motac).

Makluman rasmi mengenai pembatalan IMAMS yang dikatakan mengenakan caj tambahan yang membebankan syarikat pengurusan haji dan jemaah haji negara akan diumumkan kerajaan pada waktu terdekat.
Timbalan Menterinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin menerusi laman facebooknya petang ini telah memuat naik status yang memaklumkan IMAMS akan dibatalkan pelaksanaannya.
“Pelaksanaan sistem IMAMS untuk umrah dibatalan Motac akan keluarkan kenyataan rasmi nanti.” ujarnya.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena