Sunday 3 December 2017

[Video PRU 13 aku janji najib dah tertunai ka atau menipu rakyat & UmnoBN Janji Di Capati] ADAKAH AZMIN ALI AKAN DITAHAN MINGGU DEPAN?

Ahad, 3 Disember 2017


ADAKAH AZMIN ALI AKAN DITAHAN MINGGU DEPAN?

Mengulas mengenai penahanan anak saudara Azmin Ali bersama tiga yang lain untuk disiasat berhubung kegiatan melombong pasir di Selangor, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad yang turut disiasat oleh pihak polis atas dakwaan mempunyai hubungan terlarang dengan isteri orang, menafikan tindakan itu bermotifkan politik.

Kata beliau, tindakan SPRM itu dibuat secara profesional tanpa sebarang pertimbangan politik.

"Apa-apa tindakan yang kita ambil itu adalah berdasarkan maklumat yang diterima dan apabila ia mempunyai asas, maka kita menjalankan siasatan.
"Jadi, kita bebas daripada pengaruh politik atau sabotaj seperti yang dinyatakan itu.

"Ini yang saya nak tegaskan. Kita harus bersikap profesional. Biar SPRM jalankan tugas dan tanggungjawab melakukan siasatan. 

"Mereka telah ditahan reman. Kita tunggulah apa yang berlaku minggu depan," tegas beliau.

Apa yang akan berlaku minggu depan?

Minggu depan, bermula 5 hingga 9 Disember, yang diketahui akan berlangsung Perhimpunan Agung UMNO yang dipercayai perhimpunan terakhir sebelum PRU 14 diadakan.
Apakah minggu depan iaitu selepas anak saudaranya dibebaskan daripada tahanan reman, menyusul pula Menteri Besar Selangor, Azmin Ali bakal dipanggil SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan atau akan terus ditahan serta dipakaikan baju oren?

Logikkah minggu depan yang ditekankan oleh Dzulkifli itu hanya sekadar mengenai kes anak saudara Azmin saja, sama ada didakwa atau dibebaskan, tanpa melibatkan Menteri Besar Selangor itu dikaitkan sama?

Jika untuk mempertahankan kuasanya di Putrajaya, Najib Razak sanggup menyelongkar dan mencari salah Tun Mahathir dalam perkara sudah berlaku 30 tahun lalu, apakah tidak mungkin untuk menawan Selangor, beliau juga boleh memangsakan ketua kerajaan negeri terkaya itu bagi mencapai cita-cita politiknya? (ShahbudinHusin 02/12/2017).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena