Sunday 17 December 2017

[Video Saya Akan Sedarkan Pengundi Atas Pagar] Guru didakwa kerana tampar murid dapat pembelaan NUTP.

Ahad, 17 Disember 2017

Image result for Gambar murid merokok


Guru didakwa kerana tampar murid dapat pembelaan NUTP
Seorang guru yang dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa menampar pelajarnya mendapat pembelaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

NUTP dalam kenyataan 15 Disember lalu menggesa guru di seluruh negara memberikan sokongan kepada guru berkenaan dengan hadir ke perbicaraan di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan, pada jam 8.30 pagi, 19 Disember ini.

Guru tersebut, dikenali sebgai "Cikgu Azizan", didakwa menghukum pelajar atas kesalahan disiplin seperti menghidu gam, terlibat dalam pergaduhan dan membuli pelajar lain.
"NUTP akan menyediakan peguam bagi membela guru ini.
"Pada masa sama, kami memohon sokongan moral daripada guru seluruh Malaysia dengan hadir ke mahkamah (ketika hari perbicaraan)," kata Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock dalam kenyataan itu.
Menurut laporan New Straits Times, Azizan didakwa bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Azizan berhadapan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika didapati bersalah.
Rencana yang disiarkan di laman Pendidik2u.my mendakwa yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tempat kejadian itu didakwa berlaku menyatakan kekesalannya terhadap tindakan ibu bapa pelajar yang membawa perkara itu ke mahkamah.
"Kes Cikgu Azizan bukanlah kes pertama dalam dunia pendidikan apabila guru disaman oleh penjaga (pelajar).
"Inilah cabaran guru masa kini, apa lagi yang guru mampu buat?
"Hukuman apa yang boleh guru kenakan ke atas murid? Adakah kita hanya mampu sekadar mencatat kesalahan murid dalam SSDM sahaja?" soal rencana itu, merujuk kepada laman modul pengurusan murid Kementerian Pendidikan.
Laman itu turut membuat kaji selidik dengan bertanya pembaca sama ada mereka akan "menyokong dan mendoakan" Azizan, atau berkecuali dalam kes itu.
Setakat ini, 99.8 peratus responden (53,808) memilih jawapan tersebut, manakala 0.2 peratus (107) berkecuali.
"Kepada guru-guru...biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah, anda boleh menyatakan sokongan dengan mengundi (kaji selidik) dan berkongsi (keputusannya) di laman sosial dan kumpulan Whatsapp," kata rencana itu lagi.
malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena