Monday 4 December 2017

[Video SEBAB TINGGALKAN PAS~Haji Asmuni Awi Pengerusi AMANAH Perak & Kisah si meroyan yang nak u-turn. tetapi udah terlajak] Inilah Antara Kerja Sebagai Wakil Rakyat Yeop! Prosiding kes Wisma Tok Guru ditangguh ke 17 Dis.

Selasa, 5 Disember 2017

Foto Parti Amanah Negara.
Ds. Mohamad Mohammad Nizar Jamaluddin Sedang Mendengar Pengaduan Rakyat Beliau Di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Cangkat Jering.

Inilah Antara Kerja Sebagai Wakil Rakyat...
Kisah si meroyan yang nak u-turn. tetapi udah terlajak?

Prosiding kes Wisma Tok Guru ditangguh ke 17 Dis


Sebutan kes saman pemula Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Datuk Husam Musa terhadap pemilik tanah Wisma Tok Guru di Kota Bharu akan berlangsung pada 17 Disember nanti.
Perbicaraan kes tersebut sepatutnya berjalan hari ini.

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu membuat penangguhan selepas peguam yang mewakili anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor menerima affidavit jawapan bagi saman tersebut daripada Setiausaha Kerja PAS Kelantan Mohd Yasin Yusoff pada Khamis lalu.
Menurut peguam utama Husam, Norazham Yahaya, Mohd Yasin yang juga pemilik baru tanah yang menempatkan Wisma Tok Guru itu sebelum ini mendapat persetujuan pihaknya untuk menjawab di luar tempoh kebiasaan 14 hari kerana beliau baru sahaja pulang mengerjakan umrah.
"Justeru, kami memerlukan masa bagi mengemukakan jawapan balas afidavit Mohd Yasin itu.
"Mengikut peraturan mahkamah, anak guam kami mempunyai tempoh 14 hari untuk membuat jawapan balas," katanya kepada media, hari ini.
Terdahulu, isu Wisma Tok Guru yang dijadikan Pusat Khidmat ADUN Salor menarik perhatian ramai selepas pemilik asal hartanah itu menjual tiga lot tanah kepada Mohd Yasin.
Bagaimanapun, Husam mengemukakan saman pemula bagi menuntut haknya ke atas bangunan baru yang dibina selepas mendapat kebenaran daripada pemilik tanah sebelum ini.
Sementara itu, Norazham berkata prosiding yang sepatutnya dijalankan hari ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache’ telah dipanggil bersidang di hadapan Timbalan Pendaftar, Wan Nor Aklima Wan Salleh.
"Semasa prosiding mahkamah, diberitahu bahawa satu kes lain telah difailkan oleh Mohd Yasin terhadap Husam bagi mendapatkan perintah pengosongan hartanah yang sedang dipertikaikan.
"Kes tersebut dijadualkan untuk pengurusan kes kali pertama juga pada 17 Disember ini," katanya.
Sebagai rekod, Mohd Yasin diwakili barisan peguam diketuai Nik Asma’ Bahrum Nik Abdullah.
malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena