Tuesday 12 December 2017

[Video TAK MASUK AKAL! Lim Kit Siang jadi PM?] Mahathir ingatkan Najib pujuk Trump tarik balik hasrat AS di Baitulmaqdis.

Selasa, 12 Disember 2017

Image result for Gambar najib dan Trump
Kemesraan Pertemuan Najib-Trump.

Mahathir ingatkan Najib pujuk Trump tarik balik hasrat AS di Baitulmaqdis

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak agar dapat memujuk rakan sejawatannya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menarik balik keputusan menjadikan Baitulmaqdis ibukota Israel pada Persidangan Khas OIC yang akan berlansung di Istanbul, Turki esok.

“Saya berpendapat mesyuarat yang akan diadakan di Turki berkenaan Baitulmaqdis satu mesyuarat amat penting.

“Saya difahamkan PM Malaysia Najib akan hadir…ia boleh memainkan peranan amat penting kerana dia sahabat karib Donald Trump.
“Ini kerana baru-baru ini dia memberi jaminan menjaga kepentingan AS kerana sanggup membeli kapalterbang dengan kos RM20bilion.
“Saya yakin jika Najib pergi berjumpa Trump sebagai sahabat karib dia boleh pujuk Trump. Memandangkan dia begitu baik, begitu rapat dengan Trump,” ujarnya sinikal dalam video yang dipaparkan di laman rasmi  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Dr Mahathir merujuk kepada kenyataan Najib baru-baru ini dilaman twitternya yang berkata beliau akan hadir pada Persidangan Khas OIC di Istambul pada esok.
Najib berkata, beliau tidak redha nasib umat Islam tertekan dalam apa jua keadaan, Saya nak beritahu mereka bahawa Umno, umat Islam Malaysia akan tentang habis-habisan, sampai bila-bila takkan kita terima, katanya.
Pengerusi Bersatu  itu berkata, dengan lawatan Najib ke Amerika Syarikat bertemu Trump pada September lalu, beliau percaya Najib akan berjaya memujuk Trump bagi tujuan menyelamatkan umat Islam di Palestin jika beliau kembali ke ‘Rumah Putih’ untuk membincangkan isu Israel-Palestin ini.
“Saya yakin dia mempunyai kupayaan ini memandangkan dia begitu rapat dengan Trump dia dapat membuat lawatan ke AS secepat mungkin untuk menjayakan cita-ita umat Islam yang kini amat berharap kepada Najib,” ujarnya.
Malaysia Dateline


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena