Wednesday, 6 December 2017

[Video Tun Mahu Rakyat Tolak Najib Umno BN (Pencuri)] Dr Mahathir calon kuat singkirkan Najib, lapor CNA.

Rabu, 6 Disember 2017

Dr Mahathir calon kuat singkirkan Najib, lapor CNA

Dr Mahathir calon kuat singkirkan Najib, lapor CNA
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kini dijangka hampir pasti bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang perlu diadakan sebelum Ogos tahun depan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Disember, 2017.

DR Mahathir Mohamad, yang dinamakan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), dilihat pencabar paling kuat untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak pada pilihan raya umum akan datang, lapor Channel News Asia (CNA).
Stesen televisyen di Singapura itu memetik pemerhati dan penganalisis politik berkata bekas perdana menteri itu kini dijangka hampir pasti bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang perlu diadakan sebelum Ogos tahun depan.
"Saya fikir beliau akan bertanding," kata A Kadir Jasin, bekas ketua pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times Sdn. Bhd, seperti dipetik CNA, hari ini.
"Beliau membayangkan semua petunjuk mengetuai pembangkang untuk menjatuhkan BN (Barisan Nasional)," tambahnya.
Kadir adalah juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang diterajui oleh Dr Mahathir, yang ditubuhkan selepas bekas perdana menteri 22 tahun itu keluar Umno tahun lalu.
Sejak lebih setahun lalu, Dr Mahathir jadi pengkritik No. 1 terhadap pentadbiran Najib dengan membangkitkan terutamanya isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dalam ucapannya di perhimpunan agung sayap itu hari ini,  bagaimanapun mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak terbuai dengan "dongeng nostalgia" yang mengagung-agungkan Dr Mahathir.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata Dr Mahathir secara peribadi tidak mahu bertanding pilihan raya tetapi akan bertanding untuk meraih undi pembangkang.
Katanya, beliau sudah bertanyakan hal itu sendiri kepada Dr Mahathir dan difahamkan Dr Mahathir tidak mahu bertanding kerana mahu memberi laluan kepada generasi baru mengambil alih.
"Tetapi keputusan itu bukan sepenuhnya di tangan beliau kerana beliau sedia membenarkan kepimpinan PH buat keputusan.
"Beliau faham beliau masih ada pengaruh dan mungkin boleh meraih undi untuk (PH) dengan bertanding," katanya, dipetik oleh Straits Times.
Sekiranya bertanding, tambah Wan Saiful, Dr Mahathir ada peluang menang di kerusi Parlimen Langkawi kerana orang mengenang jasanya membangunkan pulau pelancongan itu.
Dr Mahathir bagaimanapun tiada peluang cerah untuk menang di Putrajaya, katanya, pandangan yang juga dikongsi oleh seorang penganalisis politik lain.
Ketua sayap Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula dipetik berkata Dr Mahathir perlu bertanding "untuk kali terakhir" sebagai simbol perjuangannya membetulkan kesilapan lalu dan akhirnya, membebaskan Malaysia daripada hegemoni Umno. – 6 Disember, 2017.
The Malaysian Insight.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena