Friday, 9 March 2018

[Video KAJIAN TERKINI: 3 Penjuru-PAS Tak Menang Walau 1 Kerusi Pun] MENGHAYATI TULISAN TERAKHIR ALLAHYARHAM SANUSI JUNID.

Sabtu, 10 Mac 2018
vested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef
Gambar terakhir Almarhum Sanusi Junid semasa Pelancaran Manifesto Pakatan Harapan.  Al-Fatihah, Moga rohnya dicucuri rahmat...
Tumpang sekole.

MENGHAYATI TULISAN TERAKHIR ALLAHYARHAM SANUSI JUNID


Semalam, Jumaat 9 Mac 2018, negara dikejutkan dengan berita kematian  bekas menteri kabinet, Allahyarham Sanusi Junid yang dilaporkan meninggal dunia secara mengejut di rumahnya.

Beliau dilaporkan menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas mengambil air sembahyang dan ketika sedang menunggu masuknya waktu solat Subuh.
Secara ringkasnya, Allahyarham Sanusi bukan saja meninggal dunia pada hari Jumaat, tetapi juga dalam keadaan berwuduk dan ketika menanti untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba kepada Tuhannya.

Lebih daripada itu, beliau juga meninggal dunia ketika dalam perjuangan yang belum selesai untuk menyelamatkan negara ini.

Untuk itu, mudah-mudahan roh Allahyarham Sanusi ditempatkan di kalangan  orang yang beriman dan beramal soleh serta beroleh syurga sebagai balasannya.

Secara kebetulan, seminggu sebelum ini iaitu pada 2 Mac 2018 lalu, beliau telah menulis dalam blognya sebuah artikel yang agak panjang berkaitan politik negara menjelang PRU 14 akan datang.

Tulisan berkenaan adalah "buah tangannya" yang terakhir untuk tatapan kita bersama dalam menuju perubahan dalam negara ini.

Marilah kita hayati tulisan itu dan sama-sama berazam meneruskan perjuangan itu sehingga ke titik akhir, meskipun beliau tidak sempat menyaksikan hasilnya.

Juga, marilah kita sama-sama menyedekahkan Alfatihah kepada rohnya dan semoga semangat perjuangan dan buah fikirannya terus segar serta berguna untuk kita semua di masa hadapan. (ShahbudinHusin 10/03/2018).

KENAPAKAH UMNO PERLU DIKALAHKAN DI SABAH

Tajuk ini saya pilih berlandaskan faktor sejarah yang akan saya huraikan. 


Tujuan Sabah dan Sarawak menyetujui untuk bersama dengan Semenanjung Tanah Melayu dalam sebuah negara Malaysia ialah untuk mencapai kemerdekaan. Ternyata pemimpin-pemimpin Sarawak sekarang ini, sekurang-kurangnya dalam kenyataan-kenyataan akhbar, lebih merdeka dari pemimpin-pemimpin di Sabah. Kemerdekaan ini wujud kerana UMNO tidak ada di Sarawak dan pemimpin UMNO tidak memimpin Sarawak. 


Pemimpin-pemimpin Sarawak juga, walaupun berada dalam cabinet, tidak nampak mengabdikan diri kepada pemimpin kerajaan pusat sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin Sabah, dari UMNO, yang ditugaskan untuk berbuat demikian. 

Parti Bumiputra Bersatu di Sarawak ialah sebuah parti tempatan dan pemimpinnya, yang juga pemimpin kerajaan di Sarawak mewakili kepentingan dan memberi keutamaan kepada Sarawak kerana ianya bukan cawangan dari sebuah parti bersifat nasional seperti UMNO. Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sabah, hanyalah seorang sahaja dari antara 12 orang pemimpin UMNO negeri, 11 darinya dari negeri dan wilayah di Semenanjung dan Labuan. 

Begitu juga kedudukan dalam kabinet persekutuan. Menteri dari Sabah, yang lemah wataknya, lebih mewakili kerajaan pusat untuk mengikat Sabah dan bukan Menteri yang berani mewakili Sabah dalam kabinet persekutuan. Keadaan ini berbeza dari keadaan di zaman Tun Dato' Mustapha menjadi menteri pusat atau di waktu Dato' Seri Shafie Apdal menjadi ahli kabinet. Malahan kita tahu bahawa Dato' Seri Shafie Apdal telah dipecat dalam usahanya menyelamatkan Malaysia dari belenggu hutang 1MDB dan bukan khusus kerana menimbulkan masalah di Sabah. Lain kedudukannya dengan Menteri dari parti-parti di Sarawak yang tidak merupakan cabang dari UMNO.

PILIHLAH DENGAN BIJAK - ASAL BUKAN BN ATAU PAS

Kesimpulannya, penulis menyeru supaya rakyat Sabah akan memilih parti tempatan, WARISAN, dalam PRU ke 14, Pulau Pinang dan Selangor akan kekal di bawah PAKATAN HARAPAN. Langkawi akan diselamatkan dengan mengalahkan UMNO/BN di Kedah. Kelantan akan menolak UMNO dan PAS untuk memilih PAKATAN HARAPAN di Kelantan. Johor akan menunjuk taringnya dan tidak merestui Tan Sri Muhyiddin Yasin, mantan Menteri Besar Johor dan mantan Timbalan Perdana Menteri dihina dengan pemecatan semata-mata kerana bertanya fasal 1MDB untuk mencari jalan supaya Malaysia dapat diselamatkan. Tambahlah majoriti kemenangan BN di Negeri Sembilan di mana BN tersangat lemah kerana adanya Rosmah, Khairy Jamaluddin, Azalina dan projek 'pemeliharaan lembu dalam kondo' yang gagal di Gemas. Rakyat hendaklah tidak mengundi BN untuk selamatkan kekayaan di negeri PERAK.

Peneroka FELDA dan anak cucu peneroka hendaklah menolak BN yang telah mencabul warisan Tun Abdul Razak. Veteran tentera dan polis jangan lupa kepada pengalaman mereka mempertahankan negara dari ancaman komunis yang tidak bertuhan. Sebagai umat Islam kita perlu protes menentang sikap baru kerajaan terhadap Zions Yahudi Israel yang dibenarkan masuk secara rasmi ke Malaysia sedangkan mereka sedang menyembelih rakyat Palestin. 


Kita perlu buang sifat TAKUT kepada China yang bukan komunis, dan kita perlu BERANI berkawan dengan China yang menjadi rakyat Malaysia dan sesiapa saja yang kuat MENENTANG RASUAH, apatahlagi jika yang rasuah itu ialah dari kalangan bangsa kita sendiri yang telah menipu kita selama ini. 

Apabila Warisan menang di Sabah, Pakatan Harapan menang di Semenanjung dan mereka yang menang di Sarawak boleh menyertakan Warisan dan Pakatan Harapan untuk menubuhkan kerajaan pusat maka dapatlah kita hapuskan segala gejala yang menyusahkan rakyat seperti GST, dapatlah kita membaiki institusi amanah yang kini sudah ternoda, dan dapatlah kita menuntut balik harta kita yang disita atau dirampas di Amerika Syarikat, di Singapura, di Switzerland, di mana saja, termasuk di Bali, di mana sebuah kapal termahal milik Jho Teik Low bersembunyi.

KITA PERLU MENJADI BANGSA YANG BERANI BERUBAH KERANA SUDAH TERLALU LAMA PERASAAN TAKUT KITA DISALAHGUNAKAN OLEH MEREKA YANG KITA PERCAYAI UNTUK MEMBANGSATKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA KITA SENDIRI.

Dipetik daripada blog sanusijunid.blogspot.my bertarikh 02 Mac 2018.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena