Monday, 27 August 2018

[Video BR1M 'Itu rasuah!'] PM: K'jaan dapat tawaran kos ECRL serendah RM10 bilion...Bodohlah, kalau kami tidak menerimanya.

Selasa, 28 Ogos 2018

PM: K'jaan dapat tawaran kos ECRL serendah RM10 bilion

Memandangkan Putrajaya sedang mempertimbangkan pilihan terhadap projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan pentadbirannya telah menerima tawaran membinanya dengan kos serendah RM10 bilion.
"Ada juga yang mengatakan mereka boleh membina ECRL dengan RM10 bilion dan bukannya RM55 bilion. Ada syarikat China, ada juga syarikat tempatan.
"Kami perlu berbincang dengan mereka sekiranya ada kemungkinan untuk mengurangkan kos daripada RM55 bilion menjadi RM10 bilion. Bodohlah, kalau kami tidak menerimanya.
"Tetapi kami perlu mengkaji jika kamu memang boleh mengurangkan kos sebanyak itu," katanya dalam wawancara bersama The Malaysian Insight, hari ini.
Menurut Dr Mahathir, kerajaan tidak mampu menanggung anggaran awal kos bernilai RM55 bilion untuk membina ECRL, yang akan menghubungkan Kelantan ke Pelabuhan Klang.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sanggup membayar lebih daripada RM10 bilion.
"Membayar RM55 bilion untuk sesuatu yang anggaran kos paling tingginya hanya mencecah RM30 bilion tidak baik untuk kedudukan kewangan negara," katanya, petik laporan itu.
ECRL masih dikaji
Awal bulan ini, Mahathir membuat lawatan rasmi ke China bagi merundingkan ECRL dan projek saluran paip gas (TSGP) oleh SSER.
Perdana menteri berkata beliau memberitahu China, pentabirannya tidak mampu untuk menanggung projek berkenaan.
"“Apa yang saya katakan ialah jika kita boleh kita akan membatalkan projek atau menangguhkannya atau mencari cara lain melakukannya tanpa perbelanjaan wang yang banyak,” katanya.
Semasa kunjungannya ke China itu, Mahathir mengumumkan kerajaan membatalkan tiga projek itu dan menyalahkan pentadbiran terdahulu kerana kos yang melambung tinggi.
Tetapi kemudian, berkata pentadbirannya masih mengkaji ECRL.
Mahathir menyalahkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana menandatangani perjanjian kontrak berat sebelah dengan China, tetapi Najib mempertahankan keputusan pentadbirannya.
Najib menggesa kerajaan baru menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai projek berkenaan bagi mempertahan dirinya.
Bagaimanapun, Mahathir berkata RCI tidak akan menyelesaikan sebarang masalah kerana punca masalah telah dikenal-pasti.
"Tidak perlu RCI. Beliaulah penyebabnya, kami tidak akan ada masalah ini jika Najib bukan perdana menteri," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena