Tuesday 28 August 2018

[Video KECOH! Rafizi Ramli DEDAH Azmin Ali & Zuraida Yang Tak Mahu Tun Mahathir Jadi PM] Johari nafi dakwaan mahu rampas kuasa MB Kedah.

Selasa, 28 Ogos 2018

Johari nafi dakwaan mahu rampas kuasa, sokong Mukhriz sebagai menteri besar

Johari nafi dakwaan mahu rampas kuasa, sokong Mukhriz sebagai menteri besar
Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul hari ini menyatakan sokongan penuhnya kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah sekaligus menolak dakwaan bahawa beliau ingin merampas jawatan itu.
Johari berkata isu kononnya beliau mampu menjadi Menteri Besar Kedah yang lebih baik daripada Mukhriz telah disalah anggap.
“Soal ini timbul apabila saya ditanya di Parlimen apakah sebab saya menawarkan kerusi Parlimen Sungai Petani kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya menjawab saya rela dan senang hati ingin serahkan kerusi tersebut sekiranya beliau berminat untuk bertanding di situ.
“Saya menyambung ‘I can do wonders if he (Anwar) becomes the Prime Minister from Sungai Petani’, dan apa yang saya maksudkan di situ ialah sekiranya dia menjadi Perdana Menteri dari Sungai Petani, saya akan gunakan hubungan baik yang terjalin itu,” katanya satu dalam kenyataan hari ini.
Johari yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun berkata beliau akan menggunakan hubungan itu untuk memajukan kawasan Gurun dan Sungai Petani yang diwakilinya itu sebagai wakil rakyat.
Sehubungan itu, Johari berkata tidak timbul soal dirinya ingin menjadi Menteri Besar Kedah dan bersama bersama pimpinan PKR Kedah memberikan sokongan padu kepada Mukhriz dan berharap tiada lagi pihak yang cuba melaga-lagakan dirinya dengan Mukhriz.
Semalam, dalam satu kenyataan media Timbalan Ketua Badan Perhubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah Mejar (B) Anuar Abdul Hamid membidas tindakan Johari yang dilihat mahu memegang jawatan Menteri Besar Kedah.
Beliau dipetik sebagai berkata membuat tafsiran tindakan itu melalui kenyataan Johari yang seolah-olah terdapat gerakan ingin menyegerakan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri bagi membolehkan Johari dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena