Tumpang sekole.
Nazri Aziz nak koner baring kot...
Siapa tidak kenal dengan Nazri Aziz?
Ketika Najib Razak berkuasa dahulu dan sedang dimusuhi oleh Tun Mahathir Mohamad, beliaulah antara pemimpin UMNO yang paling kuat dan ke depan mempertahankan bekas Perdana Menteri itu.
Bagi Nazri, Najib adalah pemimpin terbaik, terbuka, senang diajak bicara, menjaga kawan-kawan dan kehebatannya dianggap melebihi semua Perdana Menteri yang ada sebelum ini.
Malah, lebih daripada itu, pelbagai serangan juga turut dilakukannya kepada Tun Mahathir seiring dengan pujiannya kepada Najib, termasuk menganggap Pengerusi Pakatan Harapan itu sudah nyanyuk, terlalu tua dan "baling gelas pun tak pecah".
Jika sesiapa rajin, boleh saja "google" untuk mengetahui deretan serangan, cemuhan dan kejian yang pernah dibuat oleh Nazri terhadap Tun Mahathir.
Tapi itu dulu... hari ini dengan belum pun 100 hari UMNO kehilangan kuasa dan belum juga 100 hari beliau hidup tanpa jawatan menteri dan Tun Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, nada suara Nazri nyata sudah jauh berbeza.
Beliau bukan saja sudah tidak segan-segan lagi menggesa Najib menjarakkan diri daripada UMNO berikutan kes mahkamah yang sedang dihadapinya dikatakan akan menjejaskan usaha pemulihan parti jika tidak berbuat demikian, malah bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu juga dilaporkan terkejut dengan pendedahan mengenai skandal 1MDB, penemuan wang tunai serta barangan kemas yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor yang berjuta-juta nilainya.
"Saya tidak tahu tentang Rosmah, saya juga tidak tahu tentang SRC International.
"Saya baru tahu tentang duit RM100 juta, takkan saya nak marah Perdana Menteri kalau dia nak siasat perkara itu.
"Jadi, kita kena benarkan Tun Mahathir buat penyiasatan dan kalau ada kes prima facie, dakwalah," kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu lagi.
Dan akhirnya Nazri juga menyatakan sokongan terbukanya kepada kepimpinan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.
"Saya tidak pernah ada rekod menentang Perdana Menteri. Saya ahli politik selama 28 tahun dalam kerajaan, tapi selepas 28 tahun kalau saya nak menentang kerajaan, susahlah.
"Saya tiada budaya menentang Perdana Menteri. Itu bukan budaya saya," tambah Nazri lagi.
Apa komen pembaca sekalian mengenai tindakan Nazri ini? - SH
0 comments:
Post a Comment