Tuesday, 14 August 2018

[Video Pendedahan Mengejutkan Rafizi Punca PH Kalah Di Kelantan & Terengganu] PRK Balakong: DAP guna logo PH & Ramai rakyat tidak sedar mengenai satu ancaman besar kepada rakyat Malaysia! #Reformasi20Tahun di Sabah.

Rabu, 15 Ogos 2018

Hasil carian imej untuk Gambar peneroka kelapa sawit
Foto Rafizi Ramli.
Ramai rakyat Malaysia tidak sedar mengenai satu ancaman besar kepada rakyat Malaysia.

Di negara-negara Barat, kempen untuk mengharamkan eksport kelapa sawit Malaysia ke negara mereka semakin hebat. Ia dibiayai oleh lobi anti sawit yang rapat dengan industri minyak sayuran lain (minyak jagung dan lain-lain).

Jika pengharaman ini berlaku, ratusan ribu keluarga yang terlibat di dalam industri kelapa sawit negara akan terjejas.

Untuk membantu mempertahankan kelapa sawit Malaysia, rakyat Malaysia mesti tampil menangkis serangan yang dibawa lobi anti-sawit ini.

Sudikah anda membantu sahabat-sahabat kita yang bergantung kepada kelapa sawit untuk pendapatan bulanan?

Untuk mendapat maklumat lanjut bagaimana kita boleh membantu menangkis serangan lobi anti-sawit, daftar di https://goo.gl/forms/IEdoniniCctxgMmk2

PRK Balakong: DAP guna logo PH

PRK Balakong: DAP guna logo PH

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] DAP akan menggunakan logo PH ketika bertanding dalam PRK Dun Balakong, 8 September ini.

Keputusan itu diumumkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memaklumkan persetujuan berhubung perkara tersebut telah dicapai dalam mesyuarat bersama Jawatankuasa Tertinggi Pusat parti, Ahad lepas.

Menurutnya, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau gembira dengan keputusan dibuat DAP.
“Pagi ini saya telah maklumkan keputusan kepada beliau dan beliau gembira kerana ini kali pertama DAP buat keputusan guna logi PH.

“Ini merupakan satu keputusan yang kami buat pada hari Ahad lepas di Ibu Pejabat DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat parti,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat DAP, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Guan Eng berharap peratusan mengundi di PRK Dun Balakong melebihi peratusan yang direkodkan dalam PRK Sungai Kandis, baru-baru ini.

“Negara Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi jadi sama ada mereka (pengundi) nak keluar undi atau tidak, saya rasa itu adalah hak pengundi.

“Tapi sudah tentu kita akan berusaha dan cuba untuk melihat bagaimana cara untuk mendapatkan peratusan pengundi yang lebih baik,” ujarnya.

Sementara itu, dalam sidang media tersebut, DAP turut mengumumkan Ketua Dapsy Serdang, Wong Siew Ki sebagai calon parti tersebut dalam PRK Dun Balakong.
“Sungguhpun ada beberapa nama dicadangkan tapi akhirnya dengan syor daripada DAP Selangor, kami bersetuju untuk pilih Siew Ki.

“Ini adalah kawasan penting kepada DAP sebab ini kawasan Eddie Ng. Kita anggap beliau (mendiang Eddie Ng) antara Adun paling baik di seluruh Malaysia dan sampai sekarang kita masih rasai kehilangan beliau,” ujarnya.
SH.
Foto Rafizi Ramli.

Foto Rafizi Ramli.
#Reformasi20Tahun di TAWAU, SABTU 18 OGOS
Saya dan sahabat-sahabat yang menawarkan diri dalam #Pemilihan2018 akan berada di Tawau hari Sabtu ini (18 Ogos 2018). Ia peluang yang baik untuk saya dan sahabat-sahabat berkongsi perancangan kami untuk KEADILAN.

Majlis ini akan dijalankan dalam penuh semangat kekeluargaan dan berbentuk soal jawab ala dewan orang ramai (“town hall”). In Sha Allah kita boleh usahakan supaya pemilihan kali ini berkisar kepada pertembungan idea untuk memperkuatkan parti.

Saya jemput seramai mungkin anggota KEADILAN di Tawau untuk bersama saya dan sahabat-sahabat pada hari Sabtu ini, seperti berikut:

Tarikh:
18 Ogos 2018 (Sabtu)

Masa:
8 malam

Tempat:
Hotel Emas Tawau
Xovolate Hall

Mohon sebarkan kepada seramai mungkin.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena