Wednesday, 15 August 2018

[Video Khalid Samad- 'Itu sebab kenapa saya dilantik Menteri Wilayah'] "Tanah Rizab Melayu kini semakin nazak" Bukan salah CinaDAP, tapi Melayu Umno 60 tahun memerintah! AS gusar tindak tanduk China di Laut China Selatan.

Khamis, 16 Ogos 2018
Foto Suara Rakyat.

#FAKTA No.1
"Penyalahgunaan kuasa dan rasuah merupakan antara punca utama Tanah Simpanan Melayu (TSM) berkurang" - bekas speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang

"Tanah Rizab Melayu kini semakin nazak" - Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim

#FAKTA No.2
Di zaman penjajah (sebelum merdeka) pada tahun 1931 tanah Rizab Melayu ketika itu 3.1 juta hektar. Kini dianggarkan hanya tinggal 31.12 peratus sahaja.

Bukan salah cina, bukan salah DAP tapi Melayu UMNO itu sendiri.

AS gusar tindak tanduk China di Laut China Selatan


Amerika Syarikat (AS) akan terus meningkatkan kerjasama dengan negara Indo-Pasifik, bagi memastikan rantau dagangan maritim paling sibuk dan kaya dengan pelbagai sumber itu kekal bebas dan terbuka, di sebalik kegusaran Washington terhadap 'kelakuan' Beijing di Laut China Selatan.
Rasa tidak senang dengan China berterusan, termasuk insiden terbaru pada Jumaat lalu apabila tentera China memberi amaran dan mengarahkan jet tentera laut Amerika keluar dari ruang udara Kepulauan Spratly.
Penolong Setiausaha Pertahanan bagi Hal Ehwal Keselamatan Asia Pasifik, Randall G Schriver berkata, tingkah laku China yang sedemikian semakin kerap berlaku.
"Tingkah laku sedemikian bukan saja terhadap kapal dan jet Amerika saja, tetapi ia berlaku terhadap negara lain", katanya pada sesi meja bulat bersama media, di ibunegara pada hari Selasa.
"Kelihatan kelakuan itu menjadi sebahagian daripada tindakan terancang. Ia bermula dengan sempadan tambak laut serta pos tentera, dan kini kami melihat ada usaha untuk mengehadkan kemampuan operasi secara sah negara lain di kawasan itu.
"Jadi perlakuan itu seakan untuk memberi tahu tujuan sebenar China, iaitu mengukuhkan penguasaan serta mengehadkan kemampuan operasi kita di sana, bukannya bertujuan menyokong kebebasan navigasi."
Terdahulu, Schriver mengunjungi Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Senator Liew Chin Tong, dan Ketua Operasi Angkatan Laut. Beliau adalah pegawai kanan pertama dari Pertahanan AS yang melawat Malaysia sejak kerajaan baharu menerajui pentadbiran di Malaysia.
Menyifatkan lawatannya antara lain bagi meninjau sejauh mana "suhu" keselamatan serantau, Schriver berkata AS akan melihat cara terbaik untuk membantu negara-negara di rantau itu ke arah dinamik keselamatan maritim yang lebih kuat.
AS dijangka menggunakan pembiayaan US$300 juta yang diumumkan baru-baru ini untuk rantau itu, mengikut kes setiap negara yang merangkumi dari program latihan, peralatan dan pembinaan kapasiti.
Antara negara menjadi keutamaan dana itu ialah Malaysia, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Filipina.
Menurutnya terdapat sebuah negara telah memohon bantuan AS, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.
Laut China Selatan kekal menjadi wilayah pertikaian, dengan China mendakwa sebahagian besar kawasan perairan itu miliknya, pihak lain yang turut menuntut adalah Brunei, Malaysia, Taiwan, Vietnam dan Filipina.
Mengenai perkara yang dicadangkan China menerusi Draf Teks RundinganTunggal Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan baru-baru ini, yang dipersetujui oleh ASEAN dan China, bahawa "semua pihak tidak akan mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan negara dari luar wilayah, kecuali pihak terbabit memaklumkan terlebih dahulu dan tiada yang membantah," ujar Shriver, AS akan melihat perkembangannya.
Tambahnya, COC harus inklusif dan tidak bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan kebebasan navigasi di perairan antarabangsa.
Mengenai pendirian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak mahu melihat kapal perang di Selat Melaka, beliau berkata AS akan menghormatinya.
Schriver berkata, Amerika juga berusaha mencari penyelesaian di luar lingkungan ketenteraan, ke arah aspek diplomatik dan mengukuhkan tuntutannya secara aman serta menurut lunas perundangan.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena