Saturday, 18 August 2018

[Video Tun M bertemu dengan Jack Ma di Hangzhou, China] Bendera HARAPAN dikibar buat pertama kali di PRK Balakong, Seri Setia.

Sabtu, 18 Ogos 2018

Bendera HARAPAN dikibar buat pertama kali di PRK Balakong

Bendera HARAPAN dikibar buat pertama kali di PRK Balakong, Seri Setia.


Hari ini adalah hari penamaan calon untuk pilihan raya kecil(PRK) Balakong dan Seri Setia di Selangor - kira-kira 100 hari selepas PRU14 pada bulan Mei.
Dua kerusi Pakatan Harapan itu menjadi kosong selepas kematian penyandangnya - ADUN Balakong, Eddie Ng Tien Chee yang meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada 20 Julai, manakala ADUN Seri Setia, Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia pada 2 Ogos kerana kanser kolon.
Pencalonan ditetapkan untuk bermula pukul 9 pagi dan akan berakhir pada pukul 10 pagi.
Proses penamaan calon bagi PRK Balakong di Pejabat Daerah Hulu Langat manakala PRK Seri Setia: Proses penamaan calon di Dewan Sivik, MBPJ
Manakala Bernama melaporkan bendera Pakatan Harapan dikibar secara rasmi buat pertama kali, iringi calon PH di PRK Balakong dan Seri Setia.
PRK Balakong, Calon MCA Tan Chee Teong serah borang pada pukul 9.07 pagi. PRK Seri Setia: MCA catat sejarah buat pertama kali guna logo parti sendiri.
Manakala calon HARAPAN, Wong Siew Ki serah borang pada pukul 9.12 pagi. 
Di Seri Setia: Calon HARAPAN Halimey Abu Bakar serah borang pencalonan.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena