Wednesday, 15 August 2018

[Video 'Tim. Menteri yg asyik Saya setuju! Saya setuju!' Kelakar Bila Speaker Nga Kor Ming Perli Shahidan Kassim] Pemuda Amanah desak pegawai Mat Sabu direhatkan dari tugas.

Rabu, 15 Ogos 2018

Pemuda Amanah desak pegawai Mat Sabu direhatkan dari tugas
Admin setuju sangat gesaan Pemuda Amanah agar Pegawai Menhan yang dlm siasatan SPRM tu direhatkan dari tugas....
Parti Amanah sepatutnya bukan saja pada nama nya Amanah..tp mesti juga nampak Amanah...
amat malang ..dalam Abe Mat begitu serius ingin membersihkan Mindef dari segala gejala tidak baik... alih2 pegawai nya sendiri kena siasat... mmg betul...baru kena siasat ...belum dibuktikan bersalah lagi... tp persepsi nya tetap negatif....
Bila Abe Mat angkat sumpah jadi Menhan... kurma pun pegawai Kementerian tidak berani terima pada ramadan lepas.. apa lagi nak terima benda lain...
sayang sungguh jika begitu tinggi intergriti yg staf Kementerian letak kan kepada kepimpinan Abe Mat tercalar dengan isu begini....
Tolong jaga amanah jika mahu jaga negara,,,,!!!

Pemuda Amanah desak pegawai Mat Sabu direhatkan dari tugas


KUALA LUMPUR: Pemuda Amanah Nasional mendesak agar pegawai kanan menteri pertahanan yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direhatkan dari tugas sepanjang proses siasatan.

Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata pihaknya tetap tegas bahawa tiada kompromi terhadap sebarang masalah yang boleh menjejaskan integriti parti.

"Sebagai sebuah parti yang menjunjung tinggi nilai integriti, Pemuda Amanah melihat isu ini sebagai amat serius dan perlu pada tindakan segera," katanya dalam satu kenyataan.

Shazni Munir berkata Amanah tidak wajar terpalit dengan mana-mana siasatan kes melibatkan SPRM.

"Dengan seluruh maksud baik ini, Pemuda Amanah menggesa agar mana-mana anggota parti yang disiasat dengan terhormatnya 'take a leave of absence' atau dibuat satu ketetapan oleh parti untuk direhatkan dari tugas sepanjang proses siasatan.

"Amanah perlu tegar; bukan hanya bersikap amanah, tapi benar-benar dilihat amanah," katanya lagi.

Pada Selasa, Malaysiakini melaporkan seorang pegawai kanan menteri pertahanan sedang disiasat SPRMekoran dakwaan menerima wang berjumlah RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantu menyelesaikan masalah hutang supaya namanya dapat dikeluarkan daripada status muflis.

Astro Awani.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena