Monday, 27 August 2018

[Video Kerajaan galakkan PBT negeri sediakan bas percuma] Jangan MENGELABAH puteri mujahidah woi, dah alang2, standby aje #TONGMilo! BENARKAH JOHARI ABDUL AKAN GANTI MUKHRIZ jika Anwar jadi PM?

Selasa 28 Ogos 2018

Foto Suara Rakyat.
Apa kena mengena kebajikan ibu tunggal dgn fitnah Menteri YB Khalid isu pangajuran LGBT ??!

Kamu sendiri yg memfitnah, KENAPA NAK KAITKAN DENGAN TPM ??!

DAH MENGGELABAH LER TU...

Dah alang2, standby #TONGMilo..

Tak payah nak merayu2 mintak simpati bagai mcm ibu hilang anak..

Selagi tak kena saman kaw2 selagi itu tak abes2 tabur fitnah..

InsyaAllah..YB Khalid boleh memaafkan, TAPI SAMAN TETAP SAMAN !!!

BENARKAH JOHARI ABDUL AKAN GANTI MUKHRIZ JIKA ANWAR JADI PERDANA MENTERI?


Saya terpanggil untuk mengulas laporan berita yang memetik kenyataan Yang Berhormat Dato’ Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani, siaran portal berita Malaysiakini hari ini.

Berita yang dirujuk ditulis oleh wartawan Susan Loone, bertajuk “I can do Wonders if Anwar Ibrahim is PM, says Johari Abdul “.

Saya tafsir kenyataan ini seperti berikut :

1. Terdapat gerakan untuk menyegerakan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

2. Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, maka akan berlaku rombakan Menteri Besar dan Exco dalam Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Kedah.

3. YB Dato’ Johari Abdul selaku Ahli Parlimen Sg Petani yang menawarkan kerusinya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diberi imbuhan dengan melantik beliau sebagai Menteri Besar Kedah.

Saya ingin mengingat Yang Berhormat Ahli Parlimen Sungai Petani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gurun akan adanya PERJANJIAN PAKATAN HARAPAN sebelum Pilihanraya Umum Ke-14 bahawa semua parti telah diagihkan negeri untuk dipimpin antara parti komponen Pakatan Harapan.

Telahpun disepakati bahawa Kedah, Perlis, Perak dan Johor diberikan pada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberikan Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. 

Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Sarawak diserahkan kepada Democratic Action Party (DAP) manakala Parti Amanah Negara (Amanah) diberikan Kelantan, Terengganu dan Melaka.

Perjanjian ini telah termeterai. Kenapa dengan tiba-tiba Yang Berhormat Ahli Parlimen Sungai Petani yang juga ADUN Gurun mahu merampas kerusi Menteri Besar Kedah dari BERSATU? 
Tidak wajar beliau membuat kenyataan sedemikian.

Malah, paling mengejutkan beliau mengatakan beliau boleh buat “Wonders in Kedah”  (Melakukan Sesuatu Yang Menakjubkan di Kedah).

“Apakah yang menakjubkan itu?” 

Kedah bukan negeri kaya seperti Selangor atau Pulau Pinang. Untuk bercakap memang mudah tetapi untuk laksana, amat sukar.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, semasa dilantik kali pertama sebagai Menteri Besar pada tahun 2013 telah membuat rancangan yang rapi untuk membangun Negeri Kedah tapi malangnya beliau dipecat setelah dua tahun di jawatan itu. 

Sekarang beliau terpaksa menghidupkan semula rancangan untuk membangunkan Kedah dari awal  dengan pelbagai masalah dan cabaran yang perlu dihadapi.

Saya amat berharap YB Dato’ Johari Abdul tidak akan mengambil kesempatan dari pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan nanti seperti yang telahpun disepakati oleh pimpinan Pakatan Harapan untuk kepentingan peribadi tanpa mengendahkan sama sekali sentimen rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan.

Saya juga ingin menasihati sahabat lama yang saya hormati. Hentikan polimik ini terutama semasa musim pertandingan dalam PKR. Ia tidak akan menguntungkan Pakatan Harapan. 

Marilah kita berkerjasama dan bersepakat untuk membina Malaysia Baharu, negara kita yang lebih baik, makmur dan sejahtera. 

Terima kasih.

Ikhlas,
Mejar Anuar Abdul Hamid (B)
Timbalan Ketua Badan Perhubungan Bersatu Negeri Kedah.

1 comments:

nick said...

Saman tetap saman. Pemfitnah2 tegar ni mesti kena hukuman agar menjadi pengajaran kepada pemfitnah2 lain agar insaf. Kalau tak insaf, bakal kena saman dan hukuman. Maaf to soal lain!

Nick.
Cape Tiger.

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena