Monday 20 August 2018

[Video Tak Disangka! Senator Wanita Pas Ini Menyokong Lim Guan Eng Isu GST] Abu Talib dilantik sebagai Ahli Lembaga Tabung Haji & MOU Malaysia-China eksport buah durian sejuk beku.

Isnin, 20 Ogos 2018

Image result for Gambar durian musang King

Image may contain: 2 people, text

Abu Talib dilantik sebagai Ahli Lembaga Tabung Haji

Abu Talib dilantik sebagai Ahli Lembaga Tabung Haji
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Osman, dilantik sebagai ahli lembaga Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH).
TH, dalam pengumuman menerusi laman webnya berkata pelantikan Abu Talib berkuat kuasa pada 10 Ogos, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perakaunan Profesional Malaysia Datuk Zaiton Mohd Hassan dan Timbalan Pengerusi, Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Prof Dr Ashraf Md Hashim .
Sementara itu, Datuk Seri Ismail Bakar dilantik sebagai Wakil Perbendaharaan untuk TH mulai 10 Ogos. Beliau ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Abu Talib kini mengetuai Jawatankuasa Khas mengenai 1Malaysia Development Bhd, manakala Zaiton ialah Pengarah Bank Islam, Sime Darby Plantations Bhd dan Dolphin International Bhd.
Ashraf pula berkhidmat sebagai ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Bursa Malaysia.
MD.

MOU Malaysia-China eksport buah durian sejuk beku dalam bentuk biji

Datuk Salahuddin Ayub bersama Li Keqiang
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menandatangani perjanjian bersama (MOU) antara Malaysia dan China untuk perdangan eksport durian sejuk beku dalam bentuk biji dari Malaysia ke negara itu.
Menterinya Datuk Salahuddin Ayub yang mengikuti delegasi lawatan Perdana Menteri ke China sejak tiga hari lalu, telah menandatangani perjanjian perdangangan itu hari ini.
MOA dalam kenyataan hari ini berkata, “Protokol Keperluan Pemeriksaan dan Kuarantin Pengeksportan Durian Sejuk Beku dari Malaysia ke China” telah ditandatangani Salahuddin, bersama dengan Menteri Pentadbiran Am Kastam China, Ni Yuefeng.
“”Pencapaian ini merupakan kejayaan dua tahun berturut-turut setelah Malaysia berjaya mendapatkan laluan pasaran untuk buah nanas secara rasmi pada bulan Mei 2017.
“Kebenaran mengeksport ini mencerminkan keyakinan negara China terhadap mutu hasil pertanian Malaysia, sama ada dari segi kebersihannya, keselamatannya, mahupun keenakannya,” ujar kenyataan itu hari ini.
Majlis tersebut telah disaksikan oleh Perdana  Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri China Li Keqiang di The Great Hall of The People, Beijing hari ini.
Salahuddin merupakan salah seorang delegasi yang mengikuti lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke China bermula dari 17 hingga 21 Ogos 2018.
Ini juga merupakan lawatan rasmi kali pertama ke luar negara Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)Datuk Salahuddin menteri kabinet pada pertengahan bulan Mei yang lepas.
Sebelum ini, Malaysia telah memperolehi kelulusan laluan pasaran ke China bagi durian sejuk beku dalam bentuk pulp dan paste sejak November 2007.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena