PENYEMBAH PEMUJA JO LO MERAUNG.
MAT SABU MESTI TERUSKAN SIASATAN TERHADAP HISHAMMUDDIN
Dalam reaksi awalnya sebelum ini berhubung pendedahan adanya tiga anggota tentera khas masih memberi khidmat kepada Hishammuddin Hussein, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu telah mengarahkan agar siasatan dijalankan dengan segera.
Katanya, tindakan sewajarnya juga akan diambil jika terbukti terdapat sebarang pelanggaran kepada peraturan serta amalan sedia ada.
"Saya telah mengarahkan siasatan segera dibuat dan tindakan sewajarnya akan diambil jika terdapat sebarang perlanggaran terhadap peraturan dan amalan sedia ada," kata Mat Sabu melalui laman Twitternya semalam.
Dalam penjelasan Hishammuddin kemudiannya pula, beliau tidak menafikan kebenaran tentang pendedahan adanya tiga anggota tentera khas yang masih berkhidmat dengannya, tetapi mengatakan ia hanya untuk sementara waktu saja.
Hishammuddin mengatakan beliau sudah menawarkan pekerjaaan kepada ketiga-tiga anggota tentera itu untuk terus berkhidmat dengannya di mana jika bersetuju dengan tawarannya, mereka hendaklah berhenti daripada Angkatan Tentera Malaysia dengan serta-merta.
Berdasarkan penjelasan bekas Menteri Pertahanan dan sepupu Najib Razak itu, beliau secara nyata mengakui ada sesuatu yang tidak kena dalam perkhidmatan ketiga-tiga anggota tentera khas berkenaan dengannya.
Persoalan paling utama ialah bagaimanakah tiga anggota tentera itu masih boleh terus berkhidmat dengan Hishammuddin sehingga sekarang?
Apakah sebaik tidak lagi menjadi Menteri Pertahanan, Hishammuddin memang ada memohon untuk menggunakan secara sementara khidmat ketiga-tiga anggota tentera berkenaan?
Siapakah di pihak Angkatan Tentera Malaysia yang meluluskan permohonan tersebut?
Apakah dengan kelulusan menggunakan khidmat secara sementara itu, Hishammuddin kemudiannya terlupa atau buat-buat lupa tentang tempoh masa yang perlu dipatuhinya sehingga melajakkan waktunya sampai sekarang?
Mengapa pula setelah tempoh penggunaan tiga anggota tentera khas itu berlalu sampai sekarang, tetapi pihak Angkatan Tentera Malaysia masih lagi berdiam diri mengenainya?
Bukankah Angkatan Tentera Malaysia selalu terikat dengan disiplin yang tinggi, termasuk berkaitan masa?
Jadi, siapa yang bersalah dalam melanggar peraturan dan amalan sedia?
Hishammuddin atau ada pihak tertentu dalam Angkatan Tentera Malaysia yang dalam hati mereka masih totok dengan UMNO dan BN?
Jika Hishammuddin masih ada tiga anggota khas tentera berkhidmat dengannya, bagaimana dengan bekas-bekas Menteri Pertahanan sebelum ini?
Lantaran itu, atas nama Malaysia Baru yang lebih telus dan lebih bertanggungjawab, Mat Sabu mesti meneruskan siasatan kes ini, meskipun setelah Hishammuddin tampil dengan penjelasannya.
Siasatan pula wajib dilakukan secara menyeluruh dan jangan sesekali cuba melindungi sesiapa yang didapati curang dan durjana dalam hal
ini. (ShahbudinHusin 26/08/2018).
0 comments:
Post a Comment