Thursday, 30 August 2018

[Video Menteri Mujahid Hentam Pas Fitnah PH Iktiraf LGBT] Selagi Penyangak MO1 belum ditangkap, dibicara & dihumbankan ke PENJARA selagi tu mereka tabur FITNAH! Parti AMANAH paling kuat kena fitnah.

Khamis, 30 Ogos 2018

Foto Suara Rakyat.
Hebat bala tentera fitnah pembangkang yang tidak berputus asa tanpa jemu utk menghasilkan berita palsu bagi memperbodoh & perdayakan rakyat agar membenci kerajaan.

Percayalah... selagi Penyangak Besar No.1 Negara Belom Ditangkap, Dibicara & Dihumbankan Ke Dalam Penjara selagi tu mereka akan tabur fitnah selagi boleh.

AMANAH PARTI YANG PALING KUAT KENA FITNAH..


Nasib AMANAH lebih kurang BERSATU,  paling kuat kena fitnah,  diperleceh kerana ia sebuah parti kecil,  parti miskin.

Berbanding PKR,  ada nama besar seperti Anwar dan dari segi penajaan,  tidak ada masalah malah banyak mendapat sokongan dari dunia antarabangsa.

BERSATU pun bernasib baik,  Mahathir tahan badannya untuk segala fitnah dan tohmahan,  melantun lantun musuh makan kaki sendiri.

Parti  seperti umno,  memang yang paling banyak disebut, tetapi sukar untuk dikatakan fitnah kerana hari ini satu demi satu terlondeh.

Isu lgbt dan syiah antara isu yang dilibatkan kepada pemimpin AMANAH, isu hanya sekadar desperado keugamaan yang disalut missi politik. Isu yang sudah lama menapak,  isu yang gagal ditangani sebelum ini dan isu ini akan gagal juga ditangani akan datang kerana sikap kita sendiri.

Kalau AMANAH,  paling kuat kena firnah tentulah kerana keberadaannya,  keistimewaannya yang tidak dapat diukur pada asset dan nama tetapi pada keikhlasan perjuangan mereka.

Seperti DAP,  parti AMANAH akan muncul sebagai parti yang tersusun,  disiplin dan paling padu akar umbi dan gerakerja yang mantap. Setakat ini tidak ada yang gopoh,  tamak haloba dan tikam belakang sesama mereka.

Hari ini penat lelah mereka berbaloi,  semua ahli parlimennya ada jawatan,  melimpah hingga kepada Speaker Parlimen,  Senator seperti Husam Musa yang kesemunya berperanan utama dan penting dalam mencorakan negara.

Bagaimana pula nasib dan imej kaki kutuk AMANAH?  apakah mereka lebih baik,  lebih beriman,  lebih bertaqwa. Siapa kawan² mereka.

Posted by 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena