Wednesday, 29 August 2018

[Video Gelak Sakan Bersama YB MAT SABU Menteri Pertahanan & Mat Sabu Baling Mikrofon (orang muda SUKA!)] SPRM akan pamer hampir RM50j rampasan dari ejen perisik MEIO.

Khamis,30 Ogos 2018

Mat Sabu Baling Mikrofon


Tu yg aku baling mikrofon tu!

BEKAS Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia Datuk Hasanah Abdul Hamid ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi mendapat perintah tahanan reman. 
Foto Mohd Fadli Hamzah BH online.
BEKAS Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia bergelar 'Datuk' dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi mendapat perintah tahanan reman. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap SPRM serta tangan bergari tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya jam 9.08 pagi tadi diiringi anggota SPRM.
Semalam, tujuh pegawai daripada bahagian penyelidikan yang sama ditahan reman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan kes yang sama.
Antara yang ditahan termasuk seorang timbalan ketua pengarah bergelar Datuk selain enam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang menjawat gred 44 hingga Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) B.
Kesemua tujuh suspek itu ditahan masing-masing di Kompleks B, JPM dan Ibu Pejabat SPRM kelmarin.
BH Online.
Foto Suara Rakyat.

SPRM akan pamer hampir RM50j rampasan dari ejen perisik MEIO

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai bernilai berjuta-juta dolar AS hasil tangkapan beberapa pegawai risikan kerajaan, termasuk bekas ketua mereka Datuk Hasanah Abdul Hamid.
Sumber memberitahu Malaysiakini, penyiasat SPRM memperoleh maklumat mengenai wang tersebut serta lokasi ia disembunyikan selepas menyoal siasat sejumlah individu yang ditahan.
Difahamkan SPRM akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai wang tersebut melalui sidang media di ibu pejabat agensi antirasuah itu di Putrajaya hari ini.
Semalam, Hasanah - yang diketepikan daripada jawatannya selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan - direman lima hari oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung dana tersebut.
Dia - bersama pegawai lain yang masih berkhidmat dengan agensi perisikan di bawah Jabatan Perdana Menteri itu - disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 atas tuduhan menyalahgunakan kuasa atau kedudukan.
Menurut laporan berita, SPRM sedang meneliti kemungkinan wujud kaitan antara dana berjumlah AS$12 juta itu dengan syarikat pelaburan milik kerajaan, 1MDB.
Dana AS$12 juta (RM49.5 juta pada kadar semasa) asalnya didakwa dikhaskan untuk perbelanjaan pilihan raya umum (PRU).
New Straits Times melaporkan dana itu dibawa masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pertengahan April lalu sebagai peruntukan bagi kerajaan BN ketika itu menghadapi PRU ke-14.
Nama Hasanah menjadi perhatian pada Julai lalu selepas sepucuk surat yang ditulisnya kepada pegawai kanan Agensi Perisikan Pusat (CIA) dibocorkan.
Surat itu dihantar Hasanah - ketika itu menjadi pengarah Pertubuhan Perisikan Luaran Malaysia Malaysian (MEIO) - bagi mendapatkan sokongan AS jika BN menang tipis PRU berkenaan.
Malaysiakini.

1 comments:

Unknown said...

Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses sekarang. dulu Saya bekerja di Singapura, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar. Dulu pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah, sedangkan hutang banyak, kebetulan buka-buka internet mendapatkan nomor whatsapp Mbah Suro +6282354640471 katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan Pesugihan Dana Ghaib. dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya. Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya dengan Pesugihan Dana Ghaib nya. Dan alhamdulillah benar-benar terbukti nyata hasil nya sekarang. terima kasih banyak ya allah atas semua rerjekimu ini. Beliau juga bisa bantu seperti Pemasangan nomer Togel,pelet, dll



Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena