Monday, 27 August 2018

[Video Dewan Negara-YB Saifuddin DEDAH 300 Juta Digunakan BN Untuk Kedai Rakyat 1Malaysia Yang Gagal] Seleweng dana PRU14: Datuk, enam PTD direman lima hari.

Selasa, 28 Ogos 2018


Seleweng dana PRU14: Datuk, enam PTD direman lima hari

Seorang timbalan ketua pengarah jabatan bergelar "Datuk" dan enam pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman itu yang bermula hari ini hingga Sabtu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Terdahulu, kesemua suspek tiba di mahkamah pada 9.05 pagi dengan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.
Menurut sumber SPRM, kesemua lelaki berusia 34 hingga 49 tahun itu ditahan SPRM antara 11.30 pagi dan 10 malam semalam.
Katanya enam PTD itu ditahan di JPM manakala “Datuk” tersebut ditahan di ibu pejabat SPRM di sini ketika hadir memberi keterangan.
Bagaimanapun menurutnya jumlah sebenar dana yang diselewengkan belum dapat dipastikan.
Semua suspek disiasat menurut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena