Saturday, 18 August 2018

[Video Signing ceremony between Proton and Geely] Umno & Pas sibuk menyalak 100 hari, kami sibuk nak tunggu 'pemimpin kau orang' KENA GARI!

Ahad, 19 Ogos 2018

Image may contain: text
Tumpang sekole.

Foto Suara Rakyat.
TU DIA !!.. Bukankah lebai kopiah tu pernah kata kalau berkawan bersetongkol & berkerjasama sama UMNO bubarkan ja PAS tu..

Tapi sekarang dah terang2 mengaku dgn sejelas-jelasnya kerjasama sama UMNO itu apa cerita..

Lebai2 PAS cakap putar belit menipu mmg kebal dari dosa..

TEPOKK...

Foto Suara Rakyat.

Manifesto PH = Gagal, tak ditepati, khianat..
Manifesto PAS = Minta rakyat bersabar & mintak masa?

Krikk.. Krikk.. Krikk..



Proton, Geely meterai perjanjian usaha sama bagi pasaran China

Proton Holdings Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group hari ini menandatangani Perjanjian Dasar Induk bagi mewujudkan usaha sama yang akan membuka ruang kepada Proton untuk memasang dan memasarkan kereta di China.
Kedua-dua syarikat menguasai ekutiti sama banyak dalam syarikat usaha sama yang belum diberikan nama itu, dan menetapkan sasaran untuk penggabungan usaha sama berkenaan dalam tempoh separuh pertama 2019, tertakluk kepada kelulusan kawal selia.
Dalam satu kenyataan hari ini, DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) berkata usaha sama itu termasuk pembukaan kemudahan pengeluaran di China yang akan memasang kenderaan, selain pembangunan rangkaian peniaga untuk memasarkan barisan kereta Proton di China.
Portfolio kereta untuk China sebagian besar akan menggunakan platform Geely sedia ada, manakala Proton terlibat dalam reka bentuk luaran kenderaan.
Perjanjian itu juga menawarkan platform sedia ada Proton untuk membangunkan model untuk pasaran China.
Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata kemasukan Geely sebagai rakan strategik kepada Proton telah membuka laluan mudah untuk Proton memasuki ke pasaran China yang menguntungkan.
"Jelas menerusi Geely, laluan Proton ke China lebih mudah. Sebahagian daripada peranan Geely adalah untuk mendapatkan lesen perkilangan dan kelulusan pengawalseliaan yang diperlukan untuk usaha sedemikian mengikut peraturan China.
“Geely juga akan mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk menempatkan operasi kemudahan pembuatan," kata Syed Faisal.
SUV pertama Proton
Beliau berkata vendor komponen Proton sedia ada yang mempunyai kualiti dan kelebihan daya saing akan dipertimbang sebagai pembekal untuk syarikat usaha sama itu.
"Ini baik bagi kerajaan Malaysia yang sentiasa menggalakkan pembuat komponen Malaysia menceburi pasaran China.
"Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sebelum ini bercakap mengenai kurangnya eksport kereta Malaysia ke pasaran serantau, walaupun jenama Jepun, Korea dan China memasuki pasaran Malaysia," katanya.
Jualan kereta penumpang China telah berkembang pesat dalam tempoh 10 tahun yang leaps, kepada lebih 24 juta unit yang dijual pada 2017, berbanding 6.76 juta kereta penumpang yang dijual pada 2008.
Geely, syarikat pembuat kereta milik persendirian pertama China, menjual lebih 1.0 juta unit dalam negeri, menjual lebih 1.24 juta unit tahun lepas, atau penguasaan pasaran sebanyak 5.06 peratus.
Dalam tempoh enam bulan pertama 2018, Geely menjual lebih 125,000 unit model sebulan, dengan Boyue SUV melepasi paras 20,000 setiap bulan kecuali pada bulan Januari, dengan lebih 30,000 SUV Boyue dijual.
Versi SUV tempatan itu akan dilancarkan di Malaysia pada suku terakhir 2018 sebagai SUV pertama Proton.
- Bernama
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena