Aku pernah lihat bermacam-macam seni.. Tapi 'seni' ini yang paling pelik pernah aku lihat..
Mungkin budak2 seni lebih faham..
Jeng je kejeng jeng.. Jeng Jeng..
*RAKYAT* menyokong *pentadbiran PH* bukan kerana janji 100 hari.
*RAKYAT* menyokong *pentadbiran PH* semata2 untuk *MEMBETULKAN pentadbiran negara*
*RAKYAT* menyokong *pentadbiran PH* semata2 untuk *MEMBETULKAN pentadbiran negara*
*Masa PH* minyak x turun harga (tapi stabil). *Masa BN* minyak turun naik tapi di tahap mahal..... *takde beza*
*Masa PH* tol masih ada.. *Masa BN* pun Ada Tol...... *takde beza*
*Masa PH* , buat SST. *Masa BN* GST. Dua dua adalah sistem pencukaian.... *takde beza*.
*Tetapi....apa yang MEMBEZAKANNYA*
*PERTUKARAN* pentadbiran kerajaan *dari BN kepada PH* menyebabkan terlalu banyak *penyelewengan terbongkar !!!*.....antaranya
1. *Refund GST dan Income tax x di bayar*, jumlahnya melebihi 30b. Dan duit itu Tak dapat di kesan.
2. *Skandal 1MDB terbongkar*. MOF yg bayar, dan 1MDB practically bangkrap.
3. *Kontrak dengan Cina* meragukan dan merugikan negara.
4. *Skandal AES*, satu kontrak yang over pricing tahap gaban.
Apa *harapan RAKYAT* dengan pentadbiran *kerajaan PH*
*Fasa 1(tahun pertama)*
a. *Bongkar* segala kepincangan dan mulakan pendakwaan.
b. Menentukan *damage* until tindakan *pembaikan*
b. Menentukan *damage* until tindakan *pembaikan*
*Fasa 2 (tahun ke2 & ke3)*
Program *penambahbaikan* pentadbiran dan sistem fiskal
*Fasa 3 ( tahun 4&5)*
*Memperkasakan PH* bagi menghadapi *PRU15*.
Meneruskan agenda *URUS TADBIR NEGARA* yang baik dan menjaga *KEBAJIKAN RAKYAT*.
*RAKYAT* tidak terkilan dengan penangguhan janji 100 hari. Sebelum PRU14, *PH* berada di luar kerajaan, dan tentunya *PH* tidak privy kepada banyak maklumat. *Maklumat* tersebut umumnya samada di selindungi atau pun tidak benar/tepat. *Hanya setelah PH memerintah dan tadbir* baru lah di ketahui bahawa keadaan kewangan negara *AMAT TERUK*, yang tidak memungkinkan janji 100 hari dapat ditunaikan.
Tapi *RAKYAT yakin*, janji itu bakal di tunaikan, walau pun akan mengambil sedikit masa.
Semoga *harapan RAKYAT* ini menjadi kenyataan dan *PH kekal memerintah dan tadbir Malaysia* untuk jangka masa yang lama.
Penguat kuasa dibaling tahi dan kencing lembu 5 individu ditahan
Polis dilaporkan menahan lima individu di Bandar Botanik, Klang, berikutan pertembungan dengan Majlis Perbandaran Klang (MPK) pagi tadi ketika pihak berkuasa merobohkan satu kandang lembu dan dua kuil Hindu.
Mereka yang ditahan adalah pemilik kandang itu, dua beradiknya dan aktivis dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).
The Sun memetik Ketua Polis Kelang Selatan Shamsul Amar Ramlee sebagai berkata, pemilik kandang itu ditahan kerana didakwa mengganggu pekerja MPK dengan membaling air kencing dan tahi lembu kepada mereka.
Empat yang lain pula ditahan kerana didakwa membuat provokasi apabila menolak pekerja yang sedang menjalankan tugas, katanya.
Shamsul berkata lima lelaki itu berusia antara 24 hingga 59 tahun dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah untuk soal siasat.
Menurut The Star, penasihat PSM Klang K Ramasamy berkata kira-kira 150 pegawai penguatkuasa daripada Unit Tempur Ringan (LSF) PDRM, MPK dan pejabat tanah Klang tiba pada 8.30 pagi untuk kerja perobohan.
Beliau mendakwa MPK turut merampas 30 daripada 150 lembu yang tinggal di kandang itu.
Katanya lagi, PSM telah cuba berunding untuk menghentikan kerja perobohan, namun kekecohan tercetus selepas salah seorang peserta protes memukul polis berpakaian preman kerana menyangkanya sebagai samseng.
The Sun dan The Star menyatakan pemilik kandang itu bernama A Thevindran, manakala aktivis PSM yang ditahan adalah Nik Aziz Afiq dan K Paranjothi.
Menurut The Sun, Setiausaha PSM Klang M Sivaranjini berkata sudah berdekad Thevindran menternak lembu di situ.
Kawasan itu pada mulanya adalah estet Bukit Tinggi sebelum dibangunkan menjadi Taman Botanik, dan pemaju dikatakan membenarkan dia kekal di situ.
Kata Sivaranji, perjanjian mulut antara Gamuda Berhad dengan Thevindran adalah dia akhirnya akan mendapat kelulusan untuk tanah itu dan syarikat juga akan membina struktur kandang dan dua kuil untuknya.
Namun pada 2016, pejabat tanah dikatakan memberitahunya bahawa tanah itu sudah dipindah milik kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Thevindran mencari kawasan lain sekitar 5 kilometer dari situ namun pihak berkuasa menawarkan tempat baru sejauh 40 kilometer.
Sivaranjini berkata Thevindran menolak tawaran itu dan minggu lalu menerima notis untuk mengosongkan tanah itu.
Katanya lagi, ADUN Sentosa G Gunaraj campur tangan dalam kerja perobohan hari ini dan berjaya menangguhkannya selama dua hari untuk perbincangan lanjut. Namun sebahagian daripada kandang dan kuil sudah pun diruntuhkan.
Sementara itu, The Star melaporkan selain JAIS, tanah di situ turut dimiliki Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor.
Laporan itu juga berkata MPK mendapat banyak laporan berhubung lembu yang merayau-rayau di jalan raya sekitar dan mengancam penunggang motosikal, sementara polis berkata menerima laporan kemalangan melibatkan kenderaan dengan lembu.
Kata laporan itu lagi, tahi lembu di jalan-jalan di sana juga mengundang rasa tidak senang penduduk manakala peniaga merungut tentang bau busuk.
Mk.
0 comments:
Post a Comment