Saturday 25 August 2018

[Video Ust Ridzwan: Pas OTAK PEMBANGKANG kawan dengan PEMBANGANG (UmnoBN)] Lebai syiok sendiri? Sumber: Anggota khas ATM masih berkhidmat untuk Hishammuddin.

Sabtu, 25 Ogos 2018

Lebai syiok sendiri... 
Tumpang sekole.

Sumber: Anggota khas ATM masih berkhidmat untuk Hishammuddin

Tiga anggota khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) didakwa sehingga kini masih menjadi pegawai pengiring kepada bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Sumber ATM dan kementerian pertahanan memberitahu Malaysiakini bahawa dua pegawai tersebut adalah anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL).
Menurut mereka, masing-masing berumur 37 tahun dan 41 tahun dengan tahun akhir khidmat pada 2020 dan 2021.
Pegawai pengiring ketiga pula adalah seorang komando, dakwa sumber lagi.
Tiada banyak maklumat tentang komando itu namun sumber mendakwa dia antara individu yang dalam satu gambar yang dimuatnaik Hishammuddin di Twitter minggu ini.
Anggota PASKAL berumur 41 tahun itu dilihat sebahagian daripada pengiring Hishammuddin dalam gambar bertarikh 30 Jun 2018.
Tiga pegawai tersebut dilaporkan telah berkhidmat dengan Hishammuddin sejak beliau menjadi menteri pertahanan pada 2013.
Bagaimanapun ia sepatutnya tamat selepas beliau tidak lagi memegang portfolio itu berikutan kekalahan BN pada PRU ke-14.
Sumber ATM juga mendakwa ketiga-tiganya kini mendapat dua gaji, iaitu daripada ATM dan Hishammuddin.
"Sepatutnya mereka tentera tak boleh bekerja dengan sesiapa tetapi ini mereka bekerja pula dengan Hishammuddin, malah bukan separuh masa sebaliknya sepenuh masa," kata sumber itu.
Malaysiakini sedang menanti maklum balas daripada kementerian pertahanan.
Hishammuddin pula setakat ini belum membalas pertanyaan Malaysiakini berhubung perkara ini.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena