Tuesday, 28 August 2018

[Video Senator Umno "Dengan Ini Saya Menyokong Kerajaan Harapan'' Satu Dewan Terkejut!] Ismail Bakar dilantik jadi KSN ganti Ali Hamsa.

Selasa, 28 Ogos 2018

Ismail Bakar dilantik jadi KSN ganti Ali Hamsa

Setiausaha Perbendaharaan Negara Datuk Seri Ismail Bakar akan menggantikan Tan Sri Ali Hamsa sebagai ketua setiausaha negara (KSN).
Melalui kiriman Twitter petang ini, Ali berkongsi gambarnya menyerahkan Nota Serah Tugas kepada Ismail di hadapan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya menyerahkan Nota Serah Tugas kepada @IsmailBakar60 yang bakal menggantikan saya sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-14. Tahniah dan selamat maju jaya DS!" kata keterangan yang menyertai gambar berkenaan.
Ali memegang jawatan tertinggi penjawat awam itu sejak 2012.
Perkembangan ini mengesahkan khabar angin yang mengatakan kontrak Ali yang akan berakhir secara rasmi pada 29 Ogos, iaitu esok, tidak akan dilanjutkan.
Ia juga bererti kerajaan HARAPAN tidak mengguna pakai pelanjutan kontrak Ali sehingga Ogos 2020 yang dibuat pentadbiran BN pada 2015.
Media sebelum ini melaporkan kontrak Ali dilanjutkan sehingga Mac, iaitu sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang menyaksikan kekalahan BN.
Dengan kekalahan itu, pengerusi HARAPAN yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhak menentukan sama ada mahu melanjutkan kontrak Ali atau tidak.
Ismail, 58, dilantik sebagai Setiausaha Perbendaharaan Negara pada 13 Jun lalu oleh kerajaan HARAPAN.
Beliau sebelum ini adalah pengarah belanjawan di Kementerian Kewangan.
Mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena