Pinjam duit beli berlian untuk isteri, 'along' akan cari - Dr M
66 tahun PAS lawan Umno..
MASUK TAHUN KE-67 jadi khadam ajak undi Umno..
MASUK TAHUN KE-67 bukan saja tolong pacak bendera Umno-BN disuruhnya pula pangkah Umno.. Istiqamah kononnya..
Patutler 67 tahun jadi pembangkang... keje nak perbodohkan ahli je... kesian perjuangan arwah Tok Guru Nik Aziz dibakul sampahkan...
Sama-sama kita renungkan kembali amanat Almarhum Tok Guru...
Al-Fatihah...
#PRKSeriSetia
MASUK TAHUN KE-67 jadi khadam ajak undi Umno..
MASUK TAHUN KE-67 bukan saja tolong pacak bendera Umno-BN disuruhnya pula pangkah Umno.. Istiqamah kononnya..
Patutler 67 tahun jadi pembangkang... keje nak perbodohkan ahli je... kesian perjuangan arwah Tok Guru Nik Aziz dibakul sampahkan...
Sama-sama kita renungkan kembali amanat Almarhum Tok Guru...
Al-Fatihah...
#PRKSeriSetia
TUN MAHATHIR MENYATUKAN CINTA PAS DAN UMNO?
Setelah bertahun-tahun bermusuhan, termasuk mencemuh dengan label kafir dan parti ajaran sesat serta memekik lolong mengata sesama sendiri di pentas-pentas ceramah, UMNO dan Pas kini nampaknya sudah pun menemui titik pertemuan untuk kembali menjadi rakan sejati.
Sesetengah pihak pula mengibaratkan hubungan UMNO dan Pas sekarang ini ibarat pasangan lanjut usia yang tiba-tiba teringin untuk berkahwin semula.
Tidaklah menjadi kesalahan untuk perkahwinan itu, cuma yang diharapkan biarlah ia berkekalan sampai bila-bila.
Malah, diharapkan juga agar sesama mereka tidak lagi mengungkit-ungkit perkara lama, terutama berkaitan label kafir dan ajaran sesat yang pernah dilemparkan sebelum ini.
Janganlah hanya kerana gagal di Seri Setia nanti, perkahwinan yang dibina akan jadi berantakan, mula menyalahkan sesama sendiri dan akhirnya bercerai begitu saja.
Atau janganlah pula jika ada pilihanraya kecil di Kelantan dan Terengganu selepas ini, Pas dan UMNO mula bercakaran dengan tujuan tujuan untuk memonopoli hak bertanding, yang jika persefahaman gagal dicapai, sudahnya berpisah adalah jalan penyelesaian terakhir.
Kekalkanlah perkahwinan kali ini sampai bila-bila. Malu juga perkahwinan kali ini tidak kekal, apatah lagi kepada masyarakat apabila mengenangkan Pas sebenarnya merupakan satu-satunya pihak yang pernah berkahwin dengan hampir semua parti utama di negara ini.
Dengan UMNO, Semangat 46, PKR, DAP dan beberapa parti lain semua sudah pernah dikahwini oleh Pas. Perkahwinan dengan UMNO ini adalah kali kedua buat Pas. Dengan Bersatu juga pernah cuba mahu berkahwin, cuma tidak menjadi kenyataan saja.
Di waktu yang sama, melalui perkahwinan dengan UMNO ini, Pas juga sudah pun menerima baik kehadiran MCA dan MIC, meskipun kedua-dua parti itu pernah terbukti turut menolak hudud dan RUU355.
Tetapi, kata Hadi Awang, berbeza dengan DAP, meskipun MCA dan MIC juga menentang hudud, tetapi mereka tidak pernah memusuhi Pas.
Ohhhhhhhhh.....rupa-rupanya bagi Hadi tidak mengapa bagi sesiapa untuk menentang hudud, asalkan jangan memusuhi Pas.
Apakah kenyataan Hadi itu bermakna Pas hanya sebuah parti politik untuk mengejar kuasa semata-mata dan bukannya parti politik untuk memperjuangkan Islam yang hakiki?
Apa pun muslihatnya di sebalik perkahwinan semula Pas dengan UMNO ini, kedua-dua parti patut berterima kasih kepada Tun Mahathir Mohamad kerana kembalinya semula beliau ke arena politik dan menjadi Perdana Menteri buat kali kedualah yang menyumbang ke arah penyatuan tersebut.
Tanpa keberadaan Tun Mahathir di tempatnya sekarang, Pas dan UMNO mungkin masih lagi berstatus "kekasih gelap" atau barangkali terus bercakaran seperti dulu.
Sebelum ini dan sewaktu UMNO berkuasa, meskipun Hadi Awang dan Najib dilihat mempunyai hubungan baik, termasuk adanya dakwaan keakraban mereka disebabkan faktor wang, tetapi laluan ke arah perkahwinan tidak pernah dibincangkan.
Sebaliknya, Pas hanya mahu bekerjasama dengan hal-hal tertentu dan selebihnya kekal sebagai "kekasih gelap" atas kepercayaan bahawa pertandingan tiga penjuru bukan saja akan memberi kelebihan kepada UMNO untuk mengekalkan kuasa, malah juga dikata mampu menjadikan parti itu sebagai "king maker" yang sudah tentu ada harganya yang tertentu.
Bagaimanapun, setelah UMNO hilang kuasa, Najib tercampak tanpa kuasa dan Tun Mahathir berjaya menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, Pas langsung tergerak hati untuk melangsungkan perkahwinan dengan UMNO yang langkah awalnya sudah pun dibuktikan di Sungai Kandis dan Seri Setia.
Di Balakong juga, Pas sanggup memberikan sokongan terbuka kepada MCA dan sudah melupakan penentangan parti Cina itu terhadap hudud dan RUU355.
Dalam erti kata lain, apabila Pas sanggup berkahwin dengan UMNO setelah parti itu tiada kuasa dan Najib pula bukan lagi Perdana Menteri, di dalam hati Pas, yang sebenarnya paling disayanginya dan ingin dikembalikan martabatnya ke puncak kuasa semula bukanlah Najib atau mana-mana pemimpin, tetapi UMNO itu sendiri.
Kasih sayang Pas sebenarnya adalah mutlak kepada UMNO.
Namun, kerana adanya Tun Mahathirlah maka penyatuan Pas dan UMNO itu boleh berlaku. (ShahbudinHusin 20/08/2018)
0 comments:
Post a Comment